Utusan Borneo (Sarawak)

Dr M harap Beijing memahami masalah fiskal Malaysia Malaysia memerlukan bantuan China untuk menyelesai­kannya

-

BANGI: Permasalah­an banjir kilat yang sering dihadapi penduduk Kampung Baru Balakong dijangka berakhir dengan siapnya projek tebatan banjir Sungai Balak pada Januari 2019.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil ( PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Balakong, Wong Siew Ki berkata, pihaknya akan memastikan ia siap mengikut jadual, walaupun projek itu tmengalami kelewatan sebulan.

Katanya, notis amaran telah dikeluarka­n Jabatan Pengairan dan Saliran kepada pihak kontraktor untuk kerja- kerja projek segera dilaksanak­an.

“Kita boleh lihat perkembang­an projek iaitu benteng guni pasir telah diletakkan pada tebing sungai dan projek ini akan menjadi fokus utama saya sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan projek tebatan banjir di Kampung Baru Balakong, semalam.

Projek tebatan banjir itu diusahakan sejak Jun lepas oleh penyandang kerusi DUN Balakong iaitu mendiang Eddie Ng Tien Chee.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandang­nya Ng dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.

Terdahulu pada awal pagi, Wong menyantuni penduduk di kawasan Kampung Baru Balakong dengan mengedar- kan risalah biodatanya dan Jalur Gemilang.

Dalam perkembang­an lain, Setiausaha DAP Selangor Ean Yong Hian Wah berkata, tindakan MCA yang menggunaka­n logo parti sendiri dalam PRK ini membuktika­n mereka hanya berpaksika­n kepada satu kaum sahaja.

“PH selama ini berjuang untuk semua kaum, tidak seperti MCA yang menggunaka­n logo partinya sendiri sudah menunjukka­n mereka hanya berkhidmat kepada satu kaum sahaja,” katanya

PRK DUN Balakong pada 8 September menyaksika­n pertanding­an satu lawan satu antara Wong dan calon MCA, Tan Chee Teong. — Bernama BEIJING: Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin meminta Beijing untuk lebih bersimpati berhubung dengan isu fiskal semasa Malaysia.

Perdana menteri Malaysia itu berharap China akan memahami situasi itu dan dapat membantu dalam menyelesai­kannya.

“Kami berharap China memahami masalah kami dan akan bersimpati berhubung dengan masalah fiskal dalaman kami,” katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri China Li Keqiang selepas mesyuarat dua hala mereka di sini.

Dr Mahathir dalam rangka lawatan rasmi lima hari di China.

“Bantu kami menyelesai­kan sesetengah daripada masalah fiskal kami,” kata Dr Mahathir.

Kerajaan baharu Malaysia di bawah Pakatan Harapan, pimpinan Dr Mahathir, berdepan hutang kira-kira RM1 trilion didakwa akibat salah pengurusan kewangan negara oleh kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir berkata, hubungan dua hala Malaysia-China perlu diperkukuh­kan lagi.

Beliau berkata, inovasi dan kemajuan teknologi China dapat menyumbang kepada pembanguna­n Malaysia.

Li, sementara itu berkata, wujud keperluan untuk dipertingk­atkan lagi hubungan dua hala yang baik ke tahap baharu menerusi jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang dan dimensi baharu.

Perdana menteri China itu berkata, kedua- dua pihak bersetuju untuk mengekalka­n hubungan baik antara keduadua negara demi manfaat rakyat mereka.

Mereka juga menyasarka­n untuk meningkatk­an perdaganga­n dua hala dengan harapan untuk memperbaik­i imbangan perdaganga­n antara mereka.

“China bersedia untuk meningkatk­an import barangan kompetitif daripada Malaysia terutamany­a minyak sawit dan produk pertanian yang lain,” katanya.

Menjawab soalan tentang perang perdaganga­n ketika ini antara Amerika Syarikat dan China, Dr Mahathir menegaskan, perdaganga­n bebas sepatutnya menjadi pilihan semua negara.

Bagaimanap­un, katanya, perdaganga­n bebas sematamata tidak memadai kerana ia perlu diriingi dengan perdaganga­n adil yang juga akan bermanfaat kepada negara kecil dan miskin.

Menjawab soalan sama, Li berkata, pergeseran perdaganga­n, dalam jangka pendek, akan mendorong negara-negara mencari pasaran alternatif.

Bagaimanap­un, katanya, persekitar­an perdaganga­n dan ekonomi global akan menjadi lebih teruk jika situasi itu berlarutan.

Terdahulu, kedua- dua pemimpin menyaksika­n pemeteraia­n lima dokumen antara kedua-dua negara di venue mesyuarat dua hala itu diadakan, di bangunan Great Hall of the People.

Dokumen itu ialah Perjanjian Lanjutan bagi Pengaturan Tukaran Mata Wang Dua Hala; dan Protokol Pemeriksaa­n dan Keperluan Kuarantin bagi Eksport Durian Sejukbeku.

Turut ditandatan­gani ialah memorandum persefaham­an (MoU) bagi Pembanguna­n dan Promosi Biofuel Minyak Sawit Malaysia; MoU bagi kerjasama dalam Teknologi Jalan Bitumen Berturap Getah dan Automasi dan Mekanisme Torehan Getah; dan MoU bagi Kerjasama Kawal Selia Perakaunan dan Audit. — Bernama

China bersedia untuk meningkatk­an import barangan kompetitif daripada Malaysia terutamany­a minyak sawit dan produk pertanian yang lain. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTEMUAN MESRA: Tun Dr Mahathir (kiri) berbual dengan Li pada Majlis Sambutan Rasmi di Great Hall of The People di Beijing semalam.
— Gambar Bernama PERTEMUAN MESRA: Tun Dr Mahathir (kiri) berbual dengan Li pada Majlis Sambutan Rasmi di Great Hall of The People di Beijing semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia