Utusan Borneo (Sarawak)

Calon pemilihan PKR diingat jangan guna taktik kotor

-

SHAH ALAM: Calon yang bertanding pada pemilihan PKR diingatkan supaya tidak mengguna taktik kotor untuk menyerang antara satu sama lain bagi memenangi sebarang jawatan sepanjang tempoh berkempen.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, taktik itu tidak akan mendatangk­an sebarang keuntungan kerana ia pasti akan ditolak oleh anggota di peringkat akar umbi.

“Jangan buat serangan peribadi... kita lihat ada yang buat tuduhan liar yang tidak dapat dibuktikan, jika ada bukti pasti kita terima tetapi ini memang tidak ada bukti.

“Seharusnya apabila ada pemilihan, masing- masing (anggota bertanding) perlu sediakan program untuk perkasakan parti, bukan buat tindakan sebegini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Kerajaan dan Pelancaran Kempen Jalur Gemilang 2018 peringkat Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pihak dalam PKR yang mengeluark­an kenyataan tidak berasas dalam usaha memenangi pemilihan parti itu.

Amirudin, yang juga calon anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, menyeru mana-mana calon yang diserang dengan pelbagai tuduhan sepanjang proses pemilihan parti itu supaya tampil membuat laporan kepada Lembaga Disiplin parti.

“Siapa yang ada berasa terguris hati dengan sebarang tuduhan serta anggap ia adalah tuduhan salah, sila buat laporan. Parti tidak menghalang mana-mana individu yang dituduh dengan perkara tidak benar untuk membawa perkara terbabit kepada lembaga disiplin,” katanya.

Mengenai kerjasama erat yang terjalin antara PAS dan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, beliau mencadangk­an keduadua parti itu bergabung supaya mampu bersaing secara bebas, adil dan baik dengan calon Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanap­un menghormat­i hak manamana parti untuk berkempen bagi pihak lain pada PRK itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia