Utusan Borneo (Sarawak)

Inter dikejutkan Sassuolo 0-1 pada aksi pembukaan Serie A Itali

-

MILAN, Itali: Gol lewat Edin Dzeko memastikan AS Roma memulakan musim baharu Serie A Itali dengan kemenangan di Torino tetapi Inter Milan bermula dengan buruk apabila tewas 0-1 di Sassuolo Ahad lepas.

Kemenangan Roma bermakna tiga pasukan teratas liga musim lepas, memenangi perlawanan pertama mereka musim ini.

Juara bertahan, Juventus, menewaskan Chievo 3-2 sementara Napoli menewaskan Lazio 2-1 pada perlawanan hari Sabtu.

Tetapi Inter – di tangga keempat musim lepas – mengalami kejutan awal selepas Domenico Berardi menyempurn­akan satu tendangan penalti minit ke-27 untuk gol tunggal kemenangan.

“Ini menyukarka­n segalagala­nya,” kata jurulatih Inter, Luciano Spalletti.

“Sasssuolo bermain dengan baik dengan serangan pantas, mereka bermain dengan baik tanpa memberikan sebarang ruang.

“Kami tewas kerana penalti dan Sassuolo tidak mencipta banyak peluang.”

Sassuolo menguasai separuh masa pertama dan memperoleh­i tendangan penalti apabila Joao Mario menjatuhka­n Federico Di Francesco dalam kotak penalti.

Penjaring terbanyak Inter musim lepas, Mauro Icardi, mempunyai dua peluang untuk mengikat kedudukan sementara satu cubaan Ivan Perisic melambung tinggi pada separuh masa kedua.

Roma menjaringk­an gol tunggal kemenangan seminit sebelum tamat permainan dari aksi menarik pemain baharu, Justin Kluivert, anak kepada bekas penyerang Barcelona dan Belanda, Patrick Kluivert.

Pemain berusia 19 tahun yang dimasukkan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua melakukan larian deras dari sayap kanan, melepasi tiga pemain sebelum mengumpan bola kepada Dzeko untuk menjaringk­an gol.

“Ia satu hantaran hebat dan saya menjaringk­an gol yang lebih hebat!” gurau Dzeko.

“Tahun lepas, saya menjaringk­an satu gol yang mungkin sedikit lebih bagus (menentang Chelsea) tetapi gol ini adalah antara tiga terbaik.”

Tomas Rincon mempunyai peluang terbaik Torino dengan cubaannya terkena palang gol pada minit ke-39.

Iago Falque ada menjaringk­an gol tiga minit selepas rehat tetapi gol beliau tidak dibenarkan kerana ofsaid selepas semakan menerusi video bantuan pengadil (VAR).

Pada perlawanan lain, Parma – yang kembali ke Serie A selepas muflis dan tiga kali menaiki hierarki liga – mensia-siakan pendahulua­n 2-0 sebelum diikat 2-2 oleh Udinese sementara Empoli, yang juga kembali ke Serie A, menewaskan Cagliari 2-0 dan SPAL menewaskan kelab jiran, Bologna 1-0. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LAKAR KEJUTAN: Para pemain Sassuolo meraikan kemenangan mereka di hadapan penyokong selepas tamat perlawanan di Stadium Mapei, Reggio Emilia Ahad lepas.
— Gambar Reuters LAKAR KEJUTAN: Para pemain Sassuolo meraikan kemenangan mereka di hadapan penyokong selepas tamat perlawanan di Stadium Mapei, Reggio Emilia Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia