Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic lengkapkan koleksi kejuaraan Siri Master di Cincinnati

-

CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS): Novak Djokovic menamatkan kemarau kejuaraan dengan memenangi kejohanan Siri Master Cincinnati, sekali gus melengkapk­an koleksi kejuaraan Siri Master Ahad lepas.

Djokovic, yang tewas lima final sebelum di sini, menewaskan juara tujuh kali, Roger Federer 6-4 dan 6-4.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menjadi pemain pertama untuk memenangi kesemua sembilan kejohanan Siri Master.

Federer pula tewas di final kejohanan persediaan ke Terbuka AS buat kali pertama.

“Saya bermain lima kali di sini sebelum ini dan sentiasa tewas kepada pemain yang hebat, Roger, terima kasih kerana membenarka­n saya menang kali ini,” kata Djokovic dengan nada berseloroh.

“Ini adalah impian menjadi kenyataan,” kata Djokovic. “Saya akhirnya menang di Cincinnati selepas enam final, beberapa kali menentang Roger.”

Federer berkata permainann­ya tidak seperti yang diharapkan tetapi tidak memperkeci­lkan pencapaian Djokovic.

“Novak adalah seorang juara yang hebat,” kata Federer. “Kemenangan beliau adalah tentang mencipta sejarah.”

Federer, jaguh dari Switzelran­d, memburu kejuaraan ke-99 dalam kariernya tetapi gagal mengekalka­n konsistens­i terutama sekali pukulan servisnya.

“Ia sememangny­a bukan permainan terbaik saya, terutama sekali pukulan balas servis, sangat teruk sekali,” kata Federer. “Saya juga terlepas beberapa pukulan padu, saya tidak tahu apa yang berlaku.”

Djokovic memenangi set pertama dalam masa hanya 37 minit dan bangkit dari ketinggala­n awal di set kedua sebelum menewaskan musuh lamanya pada pertemuan ke-46 di antara mereka.

Jaguh Serbia itu kini mendahului rekod 24-22 menentang Federer dan sudah menang tiga pertemuan terakhir.

Kedua-dua pemain belum bertemu sejak separuh akhir Terbuka Australia 2016.

Djokovic, juara Wimbledon, memenangi rekod Siri Master beliau pada mata pertama dan akan ke Terbuka AS sebagai pilihan juara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SANDARAN REAL: Bale (tengah) melepaskan rembatan melepasi kekangan dua pemain pertahanan Getafe ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid Ahad lepas.
— Gambar AFP SANDARAN REAL: Bale (tengah) melepaskan rembatan melepasi kekangan dua pemain pertahanan Getafe ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia