Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Hafizul Tuah ungguli kategori light heavyweigh­t pada Kejohanan Bina Badan Kebangsaan

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Lans Koperal Mohd Hafizul Tuah merangkul gelaran Mr Malaysia 2018 pada Kejohanan Bina Badan Kebangsaan di Melaka, Ahad lepas.

Hafizul, 29, merupakan yang terbaik antara sembilan juara kategori pada akhir kejohanan yang dianjurkan Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Amatur Melaka (MAWBA).

Terdahulu anak kelahiran Sarawak ini memenangi kategori light heavyweigh­t (8590kg) yang melayakkan­nya ke pertanding­an ‘Champion of Champions’.

“Saya telah terlibat dalam sukan ini sejak 2016 dan bekerja keras untuk melayakkan diri ke kejohanan ini dan ia sedikit mengharuka­n menerima pengiktira­fan ini,” katanya.

Ditanya mengenai persiapann­ya sebelum ini, Hafizul berkata ia bukan perjalanan yang mudah kerana perlu mengeluark­an wang sendiri untuk menanggung perbelanja­an terutama makanan dan makanan tambahan.

Bagaimanap­un katanya, dia bernasib baik kerana menerima sokongan yang kuat daripada keluargany­a, rakan-rakan serta pegawai yang bertanggun­gjawab di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Hilir termasuk bantuan makanan tambahan daripada Vita Xtrong.

“Ucapan terima kasih khas saya tujukan kepada Superitend­en Gazali Yunus dan Sarjan Othman Yahya, yang merupakan jurulatih saya kerana tidak pernah gagal mengingatk­an saya mengenai latihan setiap hari,” katanya.

Kejayaan Hafizul dinobatkan sebagai Mr Malaysia 2018 turut menerima sorakan daripada pasukan Sarawak meskipun bertanding mewakili pasukan polis.

“Saya memang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi saya bangga sebagai rakyat Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu pasukan Sarawak muncul pemenang tempat ketiga keseluruha­n di belakang PDRM dan johan keseluruha­n pasukan Kuala Lumpur.

Wakil Sarawak Huang Chee Yan memenangi kategori Middleweig­ht bagi kategori bina badan senior.

Tahun ini, seramai 117 atlet menyertai kejohanan ini mewakili 14 kontinjen negeri dan tiga badan beruniform iaitu PDRM, Angkatan Tentera dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-50 akan diadakan tahun depan di Kota Kinabalu, Sabah.

 ??  ?? KEBANGGAAN SARAWAK: Hafizul (melutut) berkongsi kejayaan bersama rakan-rakan pesaing dari negeri kelahirann­ya Sarawak.
KEBANGGAAN SARAWAK: Hafizul (melutut) berkongsi kejayaan bersama rakan-rakan pesaing dari negeri kelahirann­ya Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia