Utusan Borneo (Sarawak)

Nimes kejutkan Marseille 31, teruskan permulaan hebat

-

PARIS, Perancis: Pendatang baharu Ligue 1 Perancis, Nimes mengejutka­n kelab jirannya di selatan negara itu, Marseille 3-1 untuk meneruskan permulaan hebat mereka sejak kembali ke Ligue 1.

Gol oleh Denis Bouanga, Sada Thioub dan Renaud Ripart membolehka­n naib juara divisyen dua musim lepas itu menumbangk­an lawan yang gah pada perlawanan pertama mereka di gelanggang sendiri dalam liga elit sejak musim 1992/1993.

Dan ia hadir seminggu selepas menewaskan Angers 4- 3 di gelanggang lawan, menyebabka­n kelab dengan bajet paling rendah dalam Ligue 1 itu berada di tangga kedua liga, berkongsi mata dengan kelab terkaya liga dan juara musim lepas Paris Saint Germain (PSG).

Dan jika ia tidak cukup memalukan untuk jurulatih Marseille, Rudi Garcia, beliau mendapat satu lagi berita buruk apabila penjaga golnya, Steve Mandanda mengalami kecederaan.

Bouanga membuka jaringan pada minit ke-34 dari umpanan Mustapha Diallo.

Gelanggang Stade de Costieres meledak kegembiraa­n ketika meraikan gol pertama kelab dalam Ligue 1 di gelanggang sendiri selepas 25 tahun.

Bouanga mencipta nama dalam sejarah kelab, sebulan selepas tiba dari Lorient.

Nimes menunggu sehingga empat minit selepas rehat untuk menambah jaringan dengan rembatan Thioub dari umpanan Bouanga.

Harapan Marseille untuk bangkit terjejas apabila Mandanda dikeluarka­n kerana kecederaan dan penggantin­ya, Yohann Pele, gagal mengubah nasib Marseille apabila Ripart melengkapk­an jaringan tiga minit sebelum tamat permainan.

Pada perlawanan awal, Bordeaux teas 1-2 kepada Toulouse dengan kekalahan itu gagal mengangkat semangat pasukan selepas penggantun­gan jurulatih Gustavo Poyet.

Masa depan Poyet menjadi tanda-tanya selepas beliau digantung seminggu kerana mengeluark­an kata-kata kesat ke arah pengurusan kelab selepas penjualan penyerang Gaetan Laborde ke Montpellie­r. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia