Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada Ronaldo, tiada Zidane, tidak jejaskan rentak Real

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid memulakan kempen La Liga Sepanyol 2018/2019 dengan kemenangan apabila menewaskan Getafe 2-0 pada perlawanan pertama liga mereka sejak perpindaha­n bintang utama, Cristiano Ronaldo dan jurulatih Zinedine Zidane.

Real Madrid mengutip tiga mata penuh di Santiago Bernabeu menerusi gol Dani Carvajal pada minit ke-20 dan Gareth Bale pada minit ke-51.

Keylor Navas mengekalka­n tempat sebagai penjaga gol dalam kesebelasa­n utama walaupun Real Madrid membeli Thibaut Courtois dari Chelsea pada musim panas ini.

Navas sudah menjadi penjaga gol nombor satu Real sejak 2015 tetapi dijangka akan memberi ruang kepada Courtois, yang dibeli dengan nilai 35 juta euro dari Chelsea.

Jurulatih Real, Julen Lopetegui, yang menggantik­an tempat Zidane, juga menurunkan Nacho di pertahanan tengah berbanding Raphael Varane.

Real, yang bermain perlawanan liga yang pertama sejak perpindaha­n Ronaldo ke Juventus, memulakan perlawanan dengan kekalahan 2-4 kepada Atletico Madrid pada aksi Piala Super Eropah pada pertengaha­n minggu.

Tetapi mereka tidak kelihatan dicabar Ahad lepas dengan Bale tidak bernasib baik membuka jaringan lebih awal apabila rembatanny­a terkena palang sebelum beliau memainkan peranan penting menghasilk­an gol pembukaan Carvajal.

Bale menjaringk­an gol kedua dalam separuh masa kedua. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia