Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching johan keseluruha­n Kejohanan Sukan Olimpik Khas Negeri 2018

-

KOTA SAMARAHAN: Kejohanan Sukan Olimpik Khas Negeri 2018 menutup tirai semalam dengan kontinjen Olimpik Khas (SO) Cabang Kuching muncul johan keseluruha­n bagi edisi tahun ini.

Majlis penutupan serta penyampaia­n hadiah telah dihadiri Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Dalam ucapan penutu- pannya di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam, Fatimah berkata kejohanan tahun ini merupakan yang terbaik pernah dianjurkan setakat ini.

Justeru beliau berharap pada kejohanan seterusnya iaitu dua tahun akan datang, tuan rumah iaitu SO Cabang Sibu juga akan menganjurk­an pada tahap terbaik.

“Kejohanan ini tidak mungkin berjaya tanpa bantuan dan sokongan para sukarelawa­n kita dan UNIMAS yang telah menyediaka­n tempat serta fasiliti bagi kejohanan ini.

“Saya berharap semua atlet sama ada yang menang atau kalah akan terus berlatih untuk kejohanan dua tahun akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, kejohanan selama tiga hari tersebut disertai 212 orang atlet SO dari Cabang Kuching, Sibu dan Miri.

Sebanyak lima acara dipertandi­ngkan iaitu trek dan padang, bocce, renang, bola sepak dan boling.

Fatimah dalam pada itu berharap SO Cabang Samarahan akan ditubuhkan, begitu juga dengan Bintulu bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak-anak istimewa menunjukka­n bakat sukan mereka.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim dan pengerusi penganjur Datin Dayang Mariani Abang Zen serta yang lain.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? BERSAMA JOHAN: Fatimah (empat kiri) merakam kenangan bersama kontinjen SO Cabang Kuching, johan keseluruha­n Sukan Olimpik Khas Negeri tahun 2018. Turut kelihatan Wan Hashim (tiga kiri) dan Dayang Mariani (empat kanan).
— Gambar Muhammad Rais Sanusi BERSAMA JOHAN: Fatimah (empat kiri) merakam kenangan bersama kontinjen SO Cabang Kuching, johan keseluruha­n Sukan Olimpik Khas Negeri tahun 2018. Turut kelihatan Wan Hashim (tiga kiri) dan Dayang Mariani (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia