Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai Larian Farley pada 23 September ini

-

SIBU: Buat julung kalinya Pasar Raya Farley (Farley) di Jalan Salim, di sini akan menganjurk­an Larian Farley pada 23 September jam 6.30 pagi.

Justeru orang ramai tidak kira warganegar­a atau bukan dipelawa menyertai acara ini yang akan dilepas mula di pekarangan pasar raya tersebut.

Pengurus Pusat Jualan Kasut Farley Wong Hai Sing berkata, pihaknya menyasarka­n 2,000 peserta akan mengambil bahagian dalam larian itu yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-15 Farley.

“Setakat ini peserta yang sudah mendaftar mencecah 1,200 orang dan kami berharap mencapai sasaran selepas ini.

“Larian ini membabitka­n laluan sejauh enam kilometer sahaja dan hanya dua kategori dipertandi­ngkan iaitu lelaki dan perempuan terbuka tidak kira umur,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Pengurus Bahagian Sumber Manusia Farey Chew Hock Kheng.

Wong memberitah­u, yuran penyertaan sepanjang tempoh ‘Early Bird’ yang berakhir pada 2 September ini adalah RM30.

Ujarnya, selepas tempoh tersebut atau selepas 2 September yuran RM50 akan dikenakan.

“Kami menasihati orang ramai agar mendaftar awal dalam tempoh ‘Early Bird’ ini bagi mengelakka­n yuran yang mahal.

“Selepas berjaya mendaftar, peserta akan diberi hadiah istimewa iaitu baju larian, nombor pedaftaran, beg, cenderamat­a dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan diberikan pingat.

Menurutnya lagi, hadiahhadi­ah yang ditawarkan bagi kedua-dua kategori itu ialah johan akan menerima hadiah wang tunai RM500 berserta baucar produk jenama Nike bernilai RM500, tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing baucar produk Nike bernilai RM200 berserta baucar bernilai RM100.

“Hadiah tempat kelima ialah baju-T jenama Nike berserta baucar bernilai RM100.

“Tujuh peserta lagi akan menerima hamper bernilai RM80,” ujarnya sambil berkata peserta yang menyertai pertanding­an itu turut berpeluang memenangi cabutan bertuah hamper bernilai RM50 di mana 10 set hamper disediakan untuk dimenangi.

Sementara itu, Wong menasihati peserta agar datang seawal jam 6 pagi bagi menyertai acara memanaskan badan iaitu zumba.

Beliau berkata, pendaftara­n bolehlah dibuat dengan mengambil borang di kaunter khidmat pelanggan Farley.

Pada 21 dan 22 September depan jelasnya, semua peserta yang telah mengesahka­n penyertaan diminta datang ke Farley untuk mendapatka­n baju-T larian berserta nombor pendaftara­n mereka mulai jam 10 pagi hingga jam 9 malam.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 September depan.

Laluan larian bermula dari pekarangan Farley menuju ke Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce sebelum berpatah balik ke pasar raya tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubung­i pihak penganjur di talian 084212666 atau 212777.

 ??  ?? MENARIK: Antara hadiah-hadiah yang disediakan penganjur bagi Larian Farley pada 23 September depan di Sibu.
MENARIK: Antara hadiah-hadiah yang disediakan penganjur bagi Larian Farley pada 23 September depan di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia