Utusan Borneo (Sarawak)

Petani muda kini raih pendapatan lumayan RM10,000 sebulan

-

DEMI impian menjadi petani moden berjaya, seorang pemuda sanggup berulang-alik sejauh 40 kilometer sehari bagi memastikan tanaman yang diusahakan membuahkan hasil yang berkualiti tinggi.

Mohd Hafizuddin Mohd Zaky, 28, atau lebih mesra dengan panggilan Apih Zaky, mula berjinakji­nak dalam bidang pertanian sejak bangku sekolah lagi apabila beliau sering membantu ibu bapanya bercucuk tanam sewaktu masa lapang.

Peserta program Usahawan Graduation Terengganu menerusi bimbingan Yayasan Pembanguna­n Usahawan (YPU) Terengganu ini bermula dengan tanaman kontan di tanah berkeluasa­n dua ekar yang disewa bersama keluarga pada 2008.

“Semasa mengusahak­an tanaman di tanah yang disewa di Kampung Banggol saya dan keluarga mampu meraih sekitar RM3,000 sebulan, namun kini pendapatan saya mencecah RM10,000 setelah mendapat bimbingan YPU dan mengusahak­an tanah milik kerajaan negeri dengan hanya dikenakan bayaran pajakan RM2,000 setahun.

“Setakat ini hanya lapan daripada 20 hektar tanah yang baharu diusahakan di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Rhu Tapai. Saya mengusahak­an tanaman seperti kacang panjang, petola serta terung sebelum dipasarkan di Pasar Tani Bandar Permaisuri, Pasar Borong Kuala Terengganu dan Pasar Basah Kampung Lampu, Besut,” katanya kepada Bernama di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Rhu Tapai di Setiu.

Mohd Hafizuddin yang juga anak ketiga daripada empat beradik ini mula mengikuti pelbagai program keusahawan­an sejak menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mengambil keputusan mengusahak­an tanaman secara persendiri­an setelah tiga tahun menamatkan pengajian.

Beliau pernah bekerja sebagai pengurus di sebuah premis makanan segera di Kuala Lumpur selama tiga tahun dan menyumbang dari segi modal, manakala tanaman diuruskan ibunya Norizam Abllah,48, bersama ayahnya Mohd Zaky Abdullah, 53, sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja serta menumpukan sepenuhnya pada bidang pertanian.

Bagi menampung kos perusahaan yang baharu dijalankan, beliau menerima dana sebanyak RM30,000 daripada Koperasi Sahabat serta sumbangan Jabatan Pertanian iaitu mesin pam air dan sistem paip yang juga bernilai RM 30,000 untuk digunakan bagi menyiram tanamannya.

Berkongsi pengalaman getir sebagai seorang petani, beliau berkata pernah mengalami kerugian apabila tanaman yang ditanam kesemuanya musnah akibat serangan haiwan perosak seperti serangga dan babi hutan.

“Saya mengambil inisiatif untuk membuat pagar mengelilin­gi kebun dan menggunaka­n racun serangga bagi mengelakka­n tanaman rosak…Saya juga pernah bermalam di dangau (pondok kecil) yang dibina di kebun bagi mengawasi serangan babi yang masuk pada waktu malam,” katanya.

Mohd Hafizuddin berkata beliau turut menanam 400 anak pokok lada bagi menguji keadaan tanah sama ada sesuai dengan tanaman yang ingin dikomersia­lkan dan sekiranya anak pokok yang ditanam mati beliau akan mencuba jenis tanaman berbeza yang mungkin bersesuaia­n dengan tanah di kawasan tersebut.

Selain mengusahak­an tanaman sayuran kampung, beliau turut menjalanka­n perniagaan biji benih kacang panjang dan bendi yang diproses sendiri selama 65 hari serta dibekalkan kepada syarikat Green World Genetics (GWG).

Beliau menyimpan impian untuk membuka pusat pengumpula­n hasil sendiri di Bandar Permaisuri pada masa akan datang, sekali gus menjadi pembekal utama kepada petani kecil di kawasan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL YANG MEMUASKAN: Mohd Hafizuddin telah mengusahak­an pelbagai jenis sayuran seperti kacang panjang, petola, bendi, cili dan terung di atas tanah seluas lapan hektar sementara 12 hektar lagi akan diusahakan untuk tanaman kontan.
— Gambar Bernama HASIL YANG MEMUASKAN: Mohd Hafizuddin telah mengusahak­an pelbagai jenis sayuran seperti kacang panjang, petola, bendi, cili dan terung di atas tanah seluas lapan hektar sementara 12 hektar lagi akan diusahakan untuk tanaman kontan.
 ??  ?? Mohd Hafizuddin bersama ibunya memeriksa sayuran yang telah matang di tanah yang diusahakan­nya di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Rhu Tapai.
Mohd Hafizuddin bersama ibunya memeriksa sayuran yang telah matang di tanah yang diusahakan­nya di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Rhu Tapai.
 ??  ?? RAJIN:
RAJIN:
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia