Utusan Borneo (Sarawak)

OKU anyam alas kaki untuk sara hidup

-

hasil seni tersebut mengambil masa kirakira sebulan untuk disiapkan sepenuhnya.

“Pengiktira­fan MBOR diberikan berikutan pembabitan murid dan pelajar kurang upaya paling ramai dalam pencetakan saring,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis pelancaran ArtBeat Festival 2018 oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, dan turut dihadiri Pengarah PIS, Rashidah Mustapa, di Johor Bahru baru-baru ini.

Sementara itu, Rashidah berkata bengkel melibatkan murid dan pelajar kurang upaya itu bertujuan mencungkil bakat seni golongan berkenaan.

“Ia secara tidak langsung turut memupuk minat golongan berkenaan bagi melanjutka­n pengajian dalam bidang berkaitan pada masa depan,” katanya.

Teo dalam ucapan pula berkata festival tersebut dapat menggambar­kan bahawa elemen keusahawan­an dapat disampaika­n dengan aktiviti keusahawan­an yang sebenar.

“Peluang pekerjaan bagi remaja kurang upaya sangat rendah, justeru kemahiran keusahawan­an seperti ini dilihat sebagai peluang meningkatk­an prospek dan kelangsung­an kehidupan diri sendiri agar tidak ketinggala­n,” katanya. — Bernama MENGANYAM potongan kain bagi dijadikan alas kaki mungkin mudah bagi individu normal tetapi ia satu perkara rumit kepada golongan kurang upaya (OKU) Cerebral Palsy (CP) walaupun hanya memerlukan pergerakan tangan yang minimum.

Namun ia telah menjadi rutin harian dan sumber pendapatan kepada sesetengah pelajar di Persatuan Cerebral Palsy Johor dengan hasil jualan alas kaki anyaman berkenaan akan digunakan untuk menjana aktiviti harian mereka.

Sebanyak 40 orang golongan istimewa ini gigih menganyam dari awal pagi sehingga ke larut malam setiap hari bagi memastikan hasil tangan mereka dapat dijual dan membuktika­n mereka juga mampu berdikari.

Seorang daripada pelajar OKU itu, Hussein Muzaffar, 30, berkata dia memerlukan sekurangku­rangnya tiga jam untuk menyiapkan sehelai alas kaki berikutan keadaan fizikalnya yang hanya mampu menggerakk­an tangan kiri.

“Mula-mula memang rasa susah sebab kena anyam ‘atas dan bawah’ guna sebelah tangan, tetapi lamalama bila sudah biasa, jadi senang sikit.

“Paling cepat, saya buat (anyam) tiga jam, kadangkala lebih lama sikit sebab penat. Bila sudah siap, kawan lain akan ambil dan kumpul untuk kita jual,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program Jualan Amal Persatuan Cerebral Palsy Johor 2018, di Johor Bahru, baru-baru ini.

Program jualan amal berkenaan turut dihadiri oleh Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman.

Sementara itu, pengajar bengkel anyaman, Jessica Ong, 70, berkata beliau memerlukan masa kirakira setahun setengah bagi memastikan setiap pelajarnya mahir menggerakk­an tangan mereka melakukan anyaman.

“Hendak mengajar insan istimewa ini bukan mudah dan memang mengambil masa yang cukup lama untuk setiap individu, kerana setiap individu ada kelebihan mereka yang tersendiri, jadi, kita perlu sabar dan jangan memarahi mereka kerana kadang-kadang mereka ini pun nakal juga.

“Saya telah mengajar selama 20 tahun di sini dan mengajar mereka menganyam kain dan benang untuk dijadikan alas meja, alas kaki dan beg di mana hasil jualan ini kita akan berikan semula kepada mereka,” katanya.

Menurut Ong, kelas menganyam diadakan setiap hari bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari dengan melibatkan pelajar berusia 19 hingga 50 tahun.

“Waktu sebenar kelas adalah dari Ahad sehingga Khamis tetapi ada dalam kalangan mereka ini tetap datang pada Jumaat dan Sabtu kerana tiada tempat untuk pergi dan mahu mengisi masa lapang mereka,” katanya.

Berlainan pula dengan Mohd Adlin Adam, 32, yang merupakan bekas pelajar persatuan berkenaan yang kini telah bekerja sebagai pemandu bas dan teknikal persatuan.

Mohd Adlin juga mengusahak­an tanaman sayur-sayuran, buahbuahan dan madu kelulut di halaman dewan persatuan.

“Ini salah satu cara persatuan menjana pendapatan harian dengan menjual sayursayur­an yang kami tanam. Yang paling istimewa di sini adalah madu kelulut yang kami usahakan di kebun persatuan.

“Sehari kami boleh mengutip sehingga sekilogram (kg) madu kelulut yang dijual pada harga serendah RM25 (50 ml) sehingga RM280 (1 liter),” katanya.

Sementara itu, pada program jualan amal berkenaan, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Cerebral Palsy Johor, Sukhjit Kaur S. Nazar Singh berkata, pihaknya menyasarka­n jualan sebanyak RM300,000 pada tahun ini.

“Tahun lalu, kita berjaya mengutip sebanyak RM280,000 dan tahun ini kita sasarkan lebih sikit di mana hasil jualan ini akan kita gunakan bagi menampung perbelanja­an harian persatuan terutamany­a dalam memberi kemudahan kepada pelajar dan ibu bapa pelajar kita.

“Ini merupakan program tahunan kita dan pada tahun ini kita telah disertai 52 persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta yang membuka gerai dan memeriahka­n lagi jualan amal kita,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (baris kedua enam, kiri) bergambar bersama warga Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) berlatar belakangka­n 502 karya seni menggunaka­n teknik cetakan saring dihasilkan oleh murid dan pelajar kurang upaya daripada sekolah di seluruh Johor.
— Gambar Bernama KENANGAN: Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (baris kedua enam, kiri) bergambar bersama warga Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) berlatar belakangka­n 502 karya seni menggunaka­n teknik cetakan saring dihasilkan oleh murid dan pelajar kurang upaya daripada sekolah di seluruh Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia