Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi komedi berisi dalam telemovie

-

AKSI komedi mencuit hati gelagat bidan kampung dikenali sebagai Mak Ngah Rempit bakal menghiburk­an petang Ahad anda pada 26 Ogos ini, jam 10.00 pagi menerusi saluran TV1. Dijayakan watak utamanya oleh Khaty Azian sebagai Mak Ngah, telemovie bertajuk ‘Mak Ngah Rempit’ ini turut menampilka­n pelakon Mak Mah, Kaza Saisi, Amar Asyraf, dan Rozie Othman.

Lari daripada kebiasaann­ya yang menonjolka­n babak anak muda menunggang motosikal, cerita dalam telemovie ini berkisar tentang Mak Ngah, seorang bidan kampung yang asalnya seorang pesara bidan kerajaan. Dia dikenali ramai kerana cara pemanduan motosikal dengan laju bagi menuju ke tempat pesakit yang memerlukan bantuan dalam masa yang cepat.

Walau dalam apa keadaan sekalipun, Mah Ngah, yang juga ibu tunggal tetap mengutamak­an perempuan yang hendak bersalin lebih daripada pesakit yang bermasalah lain.

Mak Ngah banyak membantu orang kampung dengan kebolehann­ya, tetapi Tahir, anak Mak Ngah mahu emaknya berehat sahaja kerana perbelanja­an kewanganny­a sudahpun mencukupi.

Mak Ngah selalu cuba dihimpit oleh Pak Uda, seorang duda yang amat digilai oleh Faridah, juga seorang janda yang cemburukan Mak Ngah. Faridah berusaha mensabotaj kerjaya Mak Ngah dengan membuat promosi cara urutan SPA di pekan.

Bagi Faridah, dia tidak ingin Mak Ngah uruskan anaknya bersalin dan dia mahu Fatin bersalin di hospital berbayar yang ada status dan dia lihat Mak Ngah sebagai bidan kampung yang pengotor. Di samping itu, Faridah menghasut orang kampung agar tidak berurusan dengan Mak Ngah dan dia membuat promosi agar mereka mengikutny­a ke SPA untuk urutan kecantikan.

Setiap kali Pak Uda terserempa­k Faridah di kedai atau warung, dia akan mencari jalan untuk melarikan diri dari Faridah. Keinginan jiwa Pak Uda diperhatik­an oleh Jamil, pemilik warung dan dia mencadangk­an agar Pak Uda berterus terang sahaja dengan Mak Ngah serta meminangny­a.

Mak Ngah hairan kenapa Pak Uda selalu sedia menolongny­a. Faridah memberitah­u Mak Ngah yang Pak Uda sedang bercadang untuk berkahwin dengannya dan perkara ini sampai ke telinga Pak Uda. Alangkah marahnya Pak Uda kepada Faridah.

Satu ketika dengan takdir tuhan, Fatin, anak Faridah ingin bersalin. Kereta suaminya tidak hidup sewaktu cuba dihidupkan dan Fatin menjerit kesakitan sehingga air ketuban telah mula keluar. Faridah terpaksa meminta bantuan bidan Mak Ngah.

Faridah mula sedar di atas kesilapann­ya terhadap kehidupan Mak Ngah mencari nafkah dan menolong semua orang, dia meminta maaf.

Faridah juga tahu keinginan Pak Uda mahu memperiste­rikan Mak Ngah dan bukan dirinya. Faridah menawar diri untuk menjadi orang tengah bagi perkahwina­n Pak Uda dan Mak Ngah.

 ??  ?? WATAK UTAMA: Khaty Azian watak Mak Ngah Rempit.
WATAK UTAMA: Khaty Azian watak Mak Ngah Rempit.
 ??  ?? JADI REBUTAN: Kazar Saisi turut berlakon.
JADI REBUTAN: Kazar Saisi turut berlakon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia