Utusan Borneo (Sarawak)

Nyawa lima kanak-kanak Perancis terancam selepas bangunan terbakar

-

PARIS: Satu kebakaran di sebuah bangunan kediaman berhampira­n Paris kelmarin telah menyebabka­n tujuh orang mengalami kecederaa serius termasuk lima kanakkanak yang berada dalam keadaan “nyawa terancam,” menurut anggota bomba.

Kira- kira 16 orang termasuk 10 anggota polis dan seorang anggota bomba telah turut mengalami kecederaan ringan dalam kebakaran di Aubervilli­ers, timur laut Paris, yang kemudian berjaya dikawal, kata perkhidmat­an bomba.

Di pekan yang sama kurang dari sebulan lepas, satu kebakaran di sebuah kompleks perumahan telah mengorbank­an seorang ibu dan tiga anaknya berusia 18 bulan hingga enam tahun, dan menyebabka­n sembilan lagi tercedera.

Kira- kira 100 anggota bomba telah diperlukan bagi menangani kebakaran kelmarin, yang merebak hingga bahagian loteng sebuah bangunan dua tingkat.

Menurut seorang sumber polis, penghuni bangunan telah menggunaka­n tingkap untuk menyelamat­kan diri dari kebakaran sementara yang lain telah berlindung di atas bumbung.

Punca kebakaran masih belum diketahui, tambah perkhidmat­an bomba.

“Aubervilli­ers telah sekali lagi dilanda kebakaran yang serius,” datuk bandar di pekan tersebut Meriem Derkaoui menyatakan dalam Twitter, sambil menambah bahawa kawasan kebakaran merupakan sebuah kedia- man peribadi namun pekan tersebut perlu untuk melihat kepada keadaan penempatan­nya. — AFP

 ?? — Gambar Thomas Samson/Gambar AFP ?? DETIK MENCEMASKA­N: Anggota bomba dilihat berkumpul di sebatang jalan selepas kebakaran meletus di Aubervilli­ers, sebuah subbandar di utara Paris, Perancis kelmarin.
— Gambar Thomas Samson/Gambar AFP DETIK MENCEMASKA­N: Anggota bomba dilihat berkumpul di sebatang jalan selepas kebakaran meletus di Aubervilli­ers, sebuah subbandar di utara Paris, Perancis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia