Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Tunisia tempur pendatang di atas bot, lapan mayat ditemui

-

TUNIS: Lapan mayat ditemui di luar Tunisia sejak pasukan keselamata­n bertempur dengan sekumpulan pendatang di atas sebuah bot yang menyeberan­gi secara haram ke Itali, kata seorang pegawai keselamata­n kelmarin.

Jurucakap Pengawal Negara Kolonel Houssemedd­ine Jebabli memberitah­u AFP bahawa lapan mayat ditemui sejak insiden Jumaat lepas namun kerakyatan mereka masih belum ditentukan.

Pihak polis telah campurtang­an bagi menghentik­an bot yang telah berlepas dari bandar tengah Sfax.

Orang di atas kapal telah melontar koktel Molotov ke arah pasukan keselamata­n sebelum membakar kapal dan cuba untuk melepaskan diri, menurut Jebabli.

Empat rakyat Tunisia telah ditangkap bersama dengan lapan pendatang dari Ivory Coast dan dua dari Congo, menurut beliau, sambil menambah salah seorang telah dimasukkan ke hospital kerana melecur.

Semakin ramai rakyat Tunisia melakukan perjalanan yang berisiko menyeberan­gi laut Mediterran­ean bagi mencari pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik di Eropah.

Dalam separuh pertama tahun 2018, hampir 2,660 telah ditangkap di Tunisia semasa cubaan untuk melakukan penyeberan­gan laut, kata Jebabli, berbanding dengan hanya 564 orang bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Beberapa kemalangan kapal yang teruk telah berlaku sejak beberapa tahun ini, termasuk satu pada 3 Jun yang mengorbank­an 87 nyawa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia