Utusan Borneo (Sarawak)

Mesir dakwa rahib Koptik bunuh biskop

-

KAHERAH: Pendakwa raya Mesir kelmarin mendakwa dua rahib Koptik atas tuduhan membunuh seorang biskop di sebuah biara gurun, dalam satu kes berprofil tinggi yang telah menggegark­an komuniti Kristian di negara ini.

Biskop Epiphanius, 68, ketua bagi biara Saint Macarius di Wadi el-Natrun, ditemui meninggal dunia dengan kecederaan di kepala pada lewat Julai.

Pendakwa raya menuduh rahib Wael al-Saad dan Remon Resmi bersepakat untuk membunuh paderi kanan bagi “perbezaan” yang tidak dinyatakan, menurut satu kenyataan dari pejabat pendakwa raya umum.

Saad telah mengaku mengintai biskop ketika beliau menuju untuk berdoa sebelum menghentam kepalanya dengan sebatang paip besi sementara Resmi melihat kejadian, menurut kenyataan tersebut.

Pendakwa raya merujuk kedua-dua rahib itu bagi perbicaraa­n namun tiada tarikh yang telah ditetapkan untuk kes itu didengari.

Selepas membunuh, Saad yang dikenali dengan nama Kristianny­a Isaiah, telah dibuang dari Gereja dan cuba untuk membunuh diri.

Kematian biskop itu telah menggegark­an Gereja Koptik di Mesir, komuniti Kristian paling besar di Timur Tengah.

Selepas insiden itu, pihak Gereja telah mengumumka­n satu siri langkah pecegahan berkaitan dengan aktiviti rahib.

Ia menyatakan ia telah berhenti menerima rahib baharu selama setahun dan menberikan masa sebulan kepada rahib sekarang agar menutup semua akaun media sosial mereka.

Penganut Kristian Koptik merangkumi kira- kira 10 peratus daripada populasi Islam Sunnah di Mesir seramai kira-kira 100 juta. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia