Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri New Zealand berbasikal ke wad bersalin

-

WELLINGTON: Menteri Wanita New Zealand Julie Anne Genter telah membawa makna berbasikal kepada satu tahap yang baharu, berbasikal untuk perjalanan­nya ke hospital bagi kelahiran anak pertamanya.

Genter, seorang Ahli Parlimen Green dan peminat berbasikal, telah memilih kuasa mengayuh bagi perjalanan sejauh satu kilometer kelmarin dari rumahnya ke Auckland City Hospital untuk melahirkan anak.

“Pasangan saya dan saya telah berbasikal kerana tidak terdapat ruang yang mencukupi di dalam kereta bagi kru sokongan... namun ia tu- rut memberikan saya dalam mood terbaik!” katanya dalam media sosial bersama dengan sekeping gambar beliau dengan basikalnya.

Genter sedang hamil 42 minggu, dan berkata dalam kenyataan bahawa beliau akan pergi ke hospital bagi satu induksi. Beliau bukan sahaja Menteri Wanita tetapi Menteri Pengangkut­an dalam kerajaan haluan kiri di New Zealand, menyokong bagi perjalanan yang mudah.

Rakan setugasnya dalam Parti Green menyatakan dalam Twitter bahawa perjalanan berbasikal hingga wad bersalin adalah “perkara yang paling #hebat pernah berlaku”.

Seorang jurucakap parti berkata bayi masih belum dilahirkan hingga lewat tengah hari semalam.

Kelahiran yang tersekat itu muncul hanya beberapa minggu selepas Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern kembali bertugas selepas melahirkan anak pertamanya, anak perempuan Neve, pada Jun lepas.

Ardern, yang telah dilantik pada tahun lepas, menjadi satu-satunya pemimpin dunia kedua yang melahirkan anak ketika memegang jawatan selepas Benazir Bhutto di Pakistan pada 1990. — AFP

 ?? — Gambar Julie Anne Genter/AFP ?? BERBASIKAL: Gambar dirakam pada 19 Ogos menunjukka­n Genter sedang berbasikal ke hospital untuk melahirkan cahaya mata pertamanya di Auckland City Hospital.
— Gambar Julie Anne Genter/AFP BERBASIKAL: Gambar dirakam pada 19 Ogos menunjukka­n Genter sedang berbasikal ke hospital untuk melahirkan cahaya mata pertamanya di Auckland City Hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia