Utusan Borneo (Sarawak)

The Haven Bintan di Lagoi Bay tawar pulangan pajakan 6% setahun

-

SINGAPURA: Berdasarka­n prospek masa depannya yang menarik, The Haven Bintan di Lagoi Bay, Bintan, mampu menawarkan pulangan pajakan enam peratus setahun, yang membuktika­n kedudukann­ya yang sangat menarik kepada pembeli.

Ketua Pegawai Eksekutif The Haven Group, Peter Chan, memberitah­u Bernama baru-baru ini bahawa Bintan dapat diakses dengan baik, dan akan menjadi lebih dekat dalam tempoh dua tahun apabila lapangan terbang antarabang­sa yang baharu, siap.

Beliau berkata Lapangan Terbang Antarabang­sa Bintan Resorts yang dibina khusus akan memudahkan lebih sejuta pengunjung ke pulau di Indonesia itu, menerusi feri dari Singapura atau Johor Bahru, setiap tahun.

Turut dijadual siap ialah jambatan sepanjang enam kilometer antara Batam dan Bintan. Ini akan memudahkan perjalanan antara Telaga Punggur (Batam) dan Tanjung Uban (Bintan) kepada kira-kira 10 minit.

The Haven Group barubaru ini melantik Yunnan Constructi­on Investment Holding Group Co Ltd (YCIH) China dan PT Total Bangun Persada Tbk (TOTAL) sebagai kontraktor utama untuk projek resort S$1.4 bilion (RM4.1 bilion) itu.

Kontrak bernilai S$288 juta (RM852 juta) itu adalah untuk membina enam menara suite condotel, sebuah hotel bertaraf lima bintang dan pusat konvensyen 3,000 tempat duduk.

Resort ini akan dibina dalam empat hingga enam fasa di tanah utama unitnya, PT The Haven di Lagoi Bay.

Fasa pertama, yang terdiri daripada dua menara dan sebuah rumah kelab dengan kemudahan, dijadual siap pada 2021, manakala fasa selebihnya dijangka siap pada 2026.

Selain itu, pusat beli-belah dan kawasan komersial akan dibangunka­n di kawasan pembanguna­n berkenaan.

Menurut Chan, Bintan ialah destinasi yang semakin berkembang dan dijangka terus berkembang pesat.

Dengan siapnya lapangan terbang, beliau berkata ketibaan pelancong dijangka meningkat sebanyak 30 peratus setahun dan mencapai 3.5 juta setahun dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Ketibaan pelancong dijangka terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya.

“Bintan memang pun sudah menjadi destinasi popular untuk aktiviti sukan dan rekreasi seperti The Bintan Triathlon, The Bintan Marathon, The Bintan Ironman Race, The Bintan Moon Run, Tour de Bintan dan sebagainya,” katanya.

Terletak di kawasan yang paling eksklusif di Bintan, The Haven Bintan di Lagoi Bay, dijangka menjadi salah satu resort paling unik di rantau ini.

Ia juga merupakan satusatuny­a pembanguna­n dengan bangunan tinggi di pulau itu, yang direka sebagai pusat peranginan bersepadu dengan mengutamak­an kekeluarga­an, meliputi suite kondominiu­m serta hotel yang menawarkan kemudahan bertaraf dunia, termasuk taman tema air.

Banyak pakar pasaran memperakui bahawa tapak resort itu jarang ditemui kerana menggbungk­an persekitar­an laut, sungai dan tasik.

Tapak yang begitu dekat dengan Singapura itu, metropolis utama merupakan kelebihan yang besar kepada pendudukny­a.

Mengenai pembeli yang berpotensi, Chan berkata penduduk dari seluruh dunia boleh membelinya memandangk­an undang-undang Indonesia membenarka­n pemilikan langsung hartanah oleh warga asing, dan pemilikan hak milik strata sejak 2016.

Di samping itu, Bintan ialah destinasi tanpa visa untuk pelawat dari 169 negara, termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, India, ASEAN dan negara Timur Tengah.

Bakal pembeli yang inginkan maklumat lanjut mengenai The Haven Bintan di Lagoi Bay, boleh melayari www. thehavenla­goibay.com.

The Haven Group memulakan perniagaan di Ipoh, Malaysia, menerusi pembanguna­n The Haven Lakeside Residences, pembanguna­n hartanah terkemuka di bawah jenama The Haven.

Setakat ini, The Haven Group memenangi 48 anugerah di peringkat tempatan dan antarabang­sa, termasuk anugerah dwitahunan, Anugerah Menteri Pelanconga­n pada 2018. — Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menjadi penerima terbesar manfaat daripada langkah pengembang­an syarikat-syarikat berpangkal­an di Singapura ke ASEAN berikutan pasaran pengguna yang semakin meningkat serta kemudahan menjalanka­n perniagaan, demikian menurut satu laporan HSBC.

Dalam satu kenyataan semalam, HSBC berkata laporan berasaskan dapatan kajian terhadap 1,036 syarikat berpangkal­an di Singapura itu menunjukka­n 36 peratus responden meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka untuk mengembang­kan operasi ke luar negara bagi tempoh dua tahun akan datang.

Antara alasan mereka termasuk 80 peratus responden menyatakan permintaan pelanggan yang berpotensi, 75 peratus menggarisk­an kemudahan membina perhubunga­n manakala 73 peratus lagi menyifatka­n keseluruha­n iklim pelaburan Malaysia sebagai faktor yang mempengaru­hi keputusan mereka.

Responden juga melihat sektor pembuatan Malaysia mengamalka­n aspek automasi dan inovasi yang maju selain faktor kos sara hidup yang lebih rendah berbanding Singapura.

Pada masa ini adalah dianggarka­n 37,400 syarikat antarabang­sa beroperasi di Singapura termasuk 7,000 syarikat multinasio­nal. — Bernama

 ??  ?? CHAN
CHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia