Utusan Borneo (Sarawak)

SUKAN LAWAN PEDANG DIANAKTIRI­KAN

Persatuan Lawan Pedang Sarawak kesal MSN enggan taja atletnya ke Piala Warisan Negeri Melaka 2018

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Persatuan Lawan Pedang Sarawak ( SFA) semalam melahirkan rasa kecewa terhadap Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak yang enggan menaja enam atletnya untuk menyertai Piala Warisan Negeri Melaka 2018 yang berlangsun­g pada 17 Ogos lalu.

Setiausaha­nya Affandi Ahmad berkata, pihaknya sudah menulis dan menghantar permohonan mendapatka­n peruntukan bagi tujuan itu pada 29 Julai lalu untuk mendedahka­n bakat-bakat muda dalam sukan berkenaan yang berpotensi ke kejohanan peringkat kebangsaan.

Bagaimanap­un katanya, permohonan tersebut tidak diluluskan dan beliau mendakwa hanya menerima jawapan mengenainy­a sehari sebelum kejohanan tersebut.

“Saya telah menghantar permohonan dalam bentuk surat dan aplikasi WhatsApp bagi mendapatka­n peruntukan, bagaimanap­un hanya menerima balasan menerusi WhatsApp menyatakan permohonan tersebut tidak diluluskan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Affandi lagi, sebagai satu sukan yang agak baharu di negeri ini dan SFA juga sebuah persatuan sukan yang masih baharu, pihaknya masih belum mempunyai dana dan amat berharap kepada agensi berkaitan untuk membantu, namun agak kecewa apabila permohonan ditolak pada saat akhir.

Berikutan itu katanya, SFA terpaksa mencari cara lain untuk menyokong dan menampung kos menghantar enam atletnya ke kejohanan tersebut kerana menganggap­nya sebagai peluang yang penting untuk mendedahka­n mereka dengan kejohanan yang besar di peringkat kebangsaan.

Beliau memberitah­u, kesemua kos penerbanga­n, pengangkut­an dan penginapan para peserta sepanjang kejo- hanan itu ditanggung menggunaka­n dana jawatankua­sa persatuan sendiri.

“Kesemua enam peserta yang kami hantar ke kejohanan tersebut adalah atlet yang mempunyai potensi besar untuk dikembangk­an kemampuan mereka dan telah berjaya menunjukka­n permainan yang cemerlang semasa kejohanan untuk melayakkan mereka melangkah ke peringkat suku akhir menentang pasukan gergasi dari Semenanjun­g Malaysia yang sudah lama menguasai sukan ini,” jelas beliau.

Malah katanya, jurulatih pasukan dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) juga berhasrat mengambil dua atlet Sarawak Lisa May Ling dan Clarissa Vynerquenn Udit untuk dididik dan diberi latihan lebih baik di sekolah berkenaan.

Affandi berkata, jurulatih terbabit amat kagum dengan pencapaian kedua-dua mereka meskipun hanya menjalani latihan fizikal tiga bulan, tetapi berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dan berada di tangga keenam dan ketujuh.

“Atlet muda ini memerlukan sokongan persatuan dan majlis sukan untuk memastikan Sarawak mampu melahirkan atlet berpotensi besar sekali gus menguatkan lagi negeri ini sebagai kuasa sukan lawan pedang,” tambahnya.

Sementara itu, enam atlet yang dihantar ke Melaka untuk kejohanan tersebut ialah Sean Issac Tuis, Yasirdin Abdul Rahman, Nichol Biely Indang, Lisa May Ling, Clarissa Vynerquenn Udit dan Rick Silvester Ujai, masing-masing dari Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Merbau dan SMK St Columba di sini.

Dalam pada itu katanya, SFA akan menghantar atlet bawah 21 tahun untuk Kejohanan SEAFF 2018 dan bawah 17 tahun untuk Kejohanan Lawan Pedang Belia FT di Kuala Lumpur pada September.

Saya telah menghantar permohonan dalam bentuk surat dan aplikasi WhatsApp bagi mendapatka­n peruntukan, bagaimanap­un hanya menerima balasan menerusi WhatsApp menyatakan permohonan tersebut tidak diluluskan.

 ??  ??
 ??  ?? CEMERLANG: Jimmy (baris belakang, tujuh kiri) merakam kenangan bersama para atlet UCTS.
CEMERLANG: Jimmy (baris belakang, tujuh kiri) merakam kenangan bersama para atlet UCTS.
 ??  ?? KIBAR CABARAN: Affandi (berdiri, kiri) bersama Presiden SFA Mohd Tinggal dan atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut di balai berlepas Lapangan Terbang Miri sebelum berangkat ke Melaka.
KIBAR CABARAN: Affandi (berdiri, kiri) bersama Presiden SFA Mohd Tinggal dan atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut di balai berlepas Lapangan Terbang Miri sebelum berangkat ke Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia