Utusan Borneo (Sarawak)

PHILIP BERDEPAN TUDUHAN ROGOL, BUNUH NURNIA

-

SIBU: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pagi semalam atas tuduhan merogol dan membunuh seorang pembantu pendaftara­n di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) pada 2 Ogos lalu.

Philip Uja, 42, didakwa membunuh dan merogol Nurnia Azalea Priscila Edward antara jam 8 malam pada 1 Ogos hingga 2.30 petang 2 Ogos dalam sebuah bilik di rumah tidak bernombor di Jalan Tiong Hua di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 (4) kerana merogol, masingmasi­ng memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan merogol, dia juga boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun tetapi tidak lebih 30 tahun serta sebatan tidak lebih daripada 10 sebatan rotan.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika dua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Caroline Bee Majanil.

Caroline kemudian menetapkan 2 Oktober untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan penuh bedah siasat dan kimia.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Tajul Aariffin Musa manakala Philip tidak diwakili peguam.

Pada 2 Ogos lalu, mayat Nurnia Azalea Priscila Edward ditemui dengan tangan dan kakinya terikat ke belakang di rumah sewanya di Jalan Tiong Hua pada jam 2.30 petang 2 Ogos lalu.

Rakan-rakan mangsa telah pergi ke rumah sewanya selepas suami mangsa, 29, yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Tatau meminta bantuan mencarinya selepas gagal menghubung­i isterinya itu.

Keputusan bedah siasat menunjukka­n mangsa mati akibat kecederaan kepala kesan trauma benda tumpul manakala tengkorakn­ya didapati retak dipercayai dihentak dengan benda tumpul, selain terdapat kecederaan pada wajah dan lehernya.

 ??  ?? TIADA PENGAKUAN: Philip berbaju-T akan dibicara semula pada 2 Oktober 2018. Kelihatan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit turut turun padang mengikut perkembang­an kes di Mahkamah Sibu semalam.
TIADA PENGAKUAN: Philip berbaju-T akan dibicara semula pada 2 Oktober 2018. Kelihatan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit turut turun padang mengikut perkembang­an kes di Mahkamah Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia