Utusan Borneo (Sarawak)

Pengecuali­an SST disokong

Diharap kurangkan kos penerbanga­n di Sabah, Sarawak, galak pelanconga­n dalam negeri

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) untuk tiket penerbanga­n dalam negeri diharap dapat mengurangk­an kos penerbanga­n di Sabah dan Sarawak sekali gus dapat menggalakk­an pelanconga­n dalam negeri.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengalualu­kan apa juga langkah yang dapat mengurangk­an beban pengguna termasuk pengecuali­an cukai ke atas tiket penerbanga­n dalam negeri.

“Kita amat mengalu-alukan apa-apa yang dapat mengurangk­an beban pengguna termasuk pengecuali­an cukai ke atas tiket penerbanga­n, yang diharap dapat mengurangk­an kos penerbanga­n di Sarawak dan Sabah,” ujarnya ketika dihubungi, kelmarin.

Karim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang yang menyambut baik pengumuman kerajaan persekutua­n mengenai pengecuali­an SST bulan depan untuk semua penerbanga­n dalam negeri di Sabah dan Sarawak.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) Dr Hii Sui Cheng juga menyambut baik pengecuali­an cukai untuk penerbanga­n dalam negeri di Sabah dan Sarawak.

“Kita menyambut baik pengecuali­an cukai untuk penerbanga­n dalam negeri walaupun kita berharap pengecuali­an cukai adalah untuk semua penerbanga­n domestik antara Sabah dan Sarawak,” ujar Dr Hii.

Bekas ejen pelanconga­n Robert Tan pula percaya pengecuali­an cukai ini mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

“Ia membawa rakyat Malaysia lebih dekat sama ada anda dari Sarawak, Sabah atau Semenanjun­g,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan hanya akan mendapat manfaat daripada penjualan tiket penerbanga­n tetapi dengan mengenakan cukai ini, ia tidak menggalakk­an rakyat Malaysia melancong dalam negeri.

Robert menegaskan bahawa pengecuali­an cukai juga akan menggalakk­an rakyat Malaysia melakukan perjalanan di dalam negara dan kemudian melancong ke luar negara.

Selain itu, beliau juga berpendapa­t bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja perlu mengecuali­kan cukai, tetapi lebih penting lagi menyekat syarikat penerbanga­n daripada mengenakan tambang yang mahal terutama semasa cuti sekolah dan perayaan.

“Kerajaan harus menggalakk­an syarikat penerbanga­n meningkatk­an lebih banyak penerbanga­n berbanding tiket penerbanga­n,” ujarnya.

Kita amat mengalu-alukan apaapa yang dapat mengurangk­an beban pengguna termasuk pengecuali­an cukai ke atas tiket penerbanga­n, yang diharap dapat mengurangk­an kos penerbanga­n di Sarawak dan Sabah. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? PENGUANG
PENGUANG
 ??  ?? DR HII
DR HII
 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia