Utusan Borneo (Sarawak)

Keadaan jerebu di Sarawak bertambah baik IPU semua bahagian berada pada paras sederhana setakat jam 5 petang semalam

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Keadaan jerebu di Sarawak bertambah baik dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua bahagian termasuk Kuching berada pada paras sederhana setakat jam 5 petang semalam.

Menurut bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kuching dan Samarahan antara yang tertinggi setakat petang semalam iaitu IPU 96 (sederhana).

Ia diikuti bahagian Mukah dengan mencatat IPU 84, Sarikei (75), Miri (69), Sibu (67), Bintulu (66), ILP Miri (65), Sri Aman (64), Samalaju (63) manakala Limbang dan Kapit masing-masing (53), kesemuanya pada tahap sederhana.

Kelmarin (Isnin), bahagian Kuching mencatat IPU tidak sihat iaitu mencecah 102 setakat jam 5 petang berkenaan.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 dan ke atas (berbahaya).

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mencatat sebanyak 29 kes kebakaran belukar sepanjang dua hari bermula 20 hingga 21 Ogos, sehingga jam 10 pagi semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba

Sementara Tanjung Manis, Siburan, Betong, Lundu dan Mukah mencatat dua kes kebakaran belukar semuanya.

dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii, daripada jumlah itu tiga kawasan iaitu Sungai Merah, Petra Jaya dan Sarikei antara yang tertinggi dengan masingmasi­ng tiga kes dilaporkan sepanjang 20 dan 21 Ogos.

“Sementara Tanjung Manis, Siburan, Betong, Lundu dan Mukah mencatat dua kes kebakaran belukar semuanya.

“Manakala Saratok, Sri Aman, Batu Lintang, Miri, Bintangor, Kuching, Sibu dan Lopeng pula masing-masing satu kes dilaporkan,” kata kenyataan itu semalam.

Secara keseluruha­n dari 1 hingga 21 Ogos, sebanyak 289 kes kebakaran belukar dilaporkan di Sarawak.

Ia melibatkan 867,875 ekar keluasan tanah kesemuanya.

Tiong Ling Hii Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak

 ??  ?? BERANSUR PULIH:Suasana di sekitar Kuching dan Tebingan Kuching yang menunjukka­n keadaan jerebu semakin baik setakat jam 5 petang semalam.
BERANSUR PULIH:Suasana di sekitar Kuching dan Tebingan Kuching yang menunjukka­n keadaan jerebu semakin baik setakat jam 5 petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia