Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Keputeraan Agong di bandar Sri Aman

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Mahammad V pada 8 dan 9 September

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Bandar Sri Aman diberi penghormat­an untuk menghoskan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Mahammad V Peringkat Negeri Sarawak pada 8 dan 9 September depan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pelbagai acara akan diadakan bermula dengan majlis kesyukuran di Masjid Bandar Sri Aman pada jam 6.30 petang.

Beliau memberitah­u, antara aktiviti berlangsun­g selepas majlis kesyukuran dan doa selamat ialah solat fardhu Maghrib dan Isyak, disusuli bacaan Surah Yassin, zikir marhaban dan doa selamat.

“Tetamu kehormat pada majlis kesyukuran ini ialah Yang di-Pertuan Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

“Turut dijangka hadir, Ketua Menteri Datuk Pat-

Tetamu kehormat pada majlis kesyukuran ini ialah Yang di-Pertuan Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib. ” Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

inggi Abang Johari Tun Openg dan Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang bersama-sama lebih 1,000 jemaah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa penganjur sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Mahammad V Peringkat Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Fatimah selaku menteri bertanggun­gjawab kepada sambutan itu berkata pada sebelah pagi 9 September ( Ahad), merupakan acara kemuncak iaitu Majlis ‘High Tea’ di Hotel Seri Simanggang yang diserikan dengan kehadiran Tun Taib.

Pada majlis itu juga, Yang di-Pertua Negeri akan menyampaik­an hamper serta sumbangan wang tunai kepada golongan kurang bernasib baik yang merupakan klien Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS).

“Sumbangan turut diberikan kepada mangsa musibah kebakaran rumah panjang di Pantu, San Semanju Lubok Antu dan Lingga,” katanya.

Fatimah berkata selesai majlis itu, Tun Taib akan merasmikan Pameran Raja Kita yang mengisahka­n sejarah Yang di- Pertuan Agong Malaysia.

Pameran yang berlangsun­g selama tiga hari itu bermula 9 hingga 11 September, di lobi Hotel Seri Simanggang dan dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Sarawak (JPNS).

“Ini merupakan peluang keemasan kepada orang ra- mai, khasnya pelajar untuk mendapatka­n pengetahua­n mengenai Yang di-Pertuan Agong kita. Mereka akan menyaksika­n lebih 30 foto Yang di- Pertuan Agong Malaysia.

“Pameran ini juga mempamerka­n adat istiadat Istana Negara dan majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

“Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menyertai kuiz dianjurkan JPNS,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Residen Sri Aman Indit Bangai dan Pengarah Protokol dan Pengurusan Atur Cara Kerajaan Negeri Azlan Ali Badri.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Fatimah bersama (dari kiri) Snowdan, Harden, Azlan dan Indit bergambar dengan berlatarbe­lakangkan banting sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Mahammad V Peringkat Negeri Sarawak.
SERTAI KAMI: Fatimah bersama (dari kiri) Snowdan, Harden, Azlan dan Indit bergambar dengan berlatarbe­lakangkan banting sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Mahammad V Peringkat Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia