Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran di Sri Aman diberi bahan binaan bernilai RM5,000

-

KUCHING: Mangsa musibah tiga kebakaran di bahagian Sri Aman baru-baru ini akan mendapat sumbangan berupa bahan binaan bernilai RM5,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan itu bagi mengurangk­an beban mangsa khasnya untuk membaiki atau membina semula rumah mereka yang musnah akibat kebakaran.

Beliau berkata, sumbangan itu akan diserahkan oleh Yang di-Pertua Negeri pada Majlis ‘High Tea’ di Sri Aman sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Mahammad V Peringkat Negeri Sarawak pada 9 September depan.

“Mangsa musibah kebakaran melibatkan 22 pintu rumah panjang di Sungai Merah Pantu, tujuh pintu ru- mah panjang di San Semanju Lubok Antu dan sebuah rumah di Lingga (Sri Aman) akan mendapat bantuan RM5,000 setiap pintu.

“Bantuan ini, khususnya untuk bahan binaan, RM5,000 sepintu untuk rumah panjang dan RM5,000 bagi sebuah rumah adalah bantuan yang biasa diberikan JKM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang diPertuan Agong XV Sultan Mahammad V Peringkat Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Pada 14 Ogos lalu, dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Hilir, Lingga, Sri Aman.

Manakala Rumah Museh di Kampung Sungai Merah, Pantu Sri Aman, sebanyak 22 pintu musnah 100 peratus dalam kebakaran yang berlaku pada sekitar jam 4 petang 19 Ogos lalu.

Sehari selepas itu,46 pen- ghuni tinggal sehelai sepinggang selepas Rumah Engkabi Jamu, di San Semaju, Lubok Antu, melibatkan tujuh pintu ranap dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 8 pagi.

Bagaimanap­un tiada kehilangan nyawa dilaporkan berlaku dalam kebakaran melibatkan kedua-dua rumah panjang berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia