Utusan Borneo (Sarawak)

Misi klinik bergerak di Rumah Anthony Bau antara tiga misi program CSR di Sarawak pada tahun ini

-

JULAU: UMW Corporatio­n Sdn Bhd (UMW) dengan kerjasama Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia ( Mercy Malaysia) melaksanak­an misi klinik bergerak di Rumah Anthony Bau, Nanga Sugai, Rantau Tapang, Mujok, dekat sini bermula 17 hingga 19 Ogos lepas.

Perkhidmat­an kesihatan yang melibatkan penempatan masyarakat Iban iaitu Rumah Anthony Bau, Rumah Mengiring, Rumah Gerasi Kapi, Rumah Entili, Rumah Anthony Gelayan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ju itu, adalah antara tiga misi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) UMW dengan bantuan Mercy Malaysia di Sarawak tahun ini.

Ketua Misi Martin Jandom berkata, kawasan penempatan masyarakat Iban itu dipilih yang secara keseluruha­nnya memiliki populasi 700 penduduk dan terletak jauh di pedalaman sehingga menyukarka­n penduduk mendapatka­n rawatan kesihatan.

Beliau berkata, perkhidmat­an kesihatan yang terdekat ialah di Klinik Kesihatan Maong yang terletak kira-kira sejam perjalanan menggunaka­n perahu panjang, namun waktu perjalanan boleh mengambil masa lebih lama sekiranya keadaan air sungai cetek dan paling utama setiap perjalanan memerlukan kos yang tinggi.

“Seramai 41 anggota misi menyertai program hari ini, 18 sukarelawa­n perubatan seperti doktor, doktor gigi serta ahli farmasi manakala bakinya ialah kakitangan UMW dan pengamal media cetak dan elektronik.

“Sepanjang tempoh program hari ini, seramai 85 pesakit dari rumah panjang berdekatan telah mendapatka­n rawatan yang disediakan pasukan misi seperti pemeriksaa­n tekanan darah, tinggi, berat dan rawatan pergigian,” katanya kepada media yang mengikuti program itu.

Perjalanan ke Rumah Anthony Bau memerlukan pasukan misi bergerak dari Sibu ke Pangkalan Entabai di Julau sejauh 120 kilometer menggunaka­n jalan raya sebelum perahu panjang menjadi pengangkut­an utama menyusuri sungai selama kira-kira empat hingga lima jam, bergantung kepada keadaan sungai dan paras air.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan UMW Corporatio­n Sdn Bhd Badrul Rahman berkata, program CSR UMW bersama Mercy Malaysia ini telah memberi perkhidmat­an kesihatan kepada lebih 25,000 penduduk di pedalaman Sarawak dan Sabah sejak 2009.

Beliau berkata, program di Rumah Anthony Bau yang kurang seminggu sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2018 juga adalah antara kaedah untuk lebih mengeratka­n lagi hubungan integrasi nasional antara Semenanjun­g dengan Sarawak.

“Secara peribadi memang saya rasa program seperti ini dapat mengeratka­n hubungan silaturrah­im badan korporat dengan masyarakat,” katanya yang telah mengikuti empat misi perkhidmat­an kesihatan di Sarawak dan Sabah. — Bernama

Seramai 41 anggota misi menyertai program hari ini, 18 sukarelawa­n perubatan seperti doktor, doktor gigi serta ahli farmasi manakala bakinya ialah kakitangan UMW dan pengamal media cetak dan elektronik. Martin Jandom Ketua Misi

 ??  ?? DIBERKAS: Wanita warga Indonesia dibawa keluar dari premis di Jalan Tan Sri oleh pasukan D7 IPD Sibu pagi Ahad lalu.
DIBERKAS: Wanita warga Indonesia dibawa keluar dari premis di Jalan Tan Sri oleh pasukan D7 IPD Sibu pagi Ahad lalu.
 ??  ?? TAHNIAH: Pemenang VIBE MINI Contest, Tay Yi Jing, 20 tahun.
TAHNIAH: Pemenang VIBE MINI Contest, Tay Yi Jing, 20 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia