Utusan Borneo (Sarawak)

Tune Talk sentiasa cari cara bukan konvension­al hargai pelanggan

-

KUCHING: Tune Talk sentiasa mencari cara bukan konvension­al untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang berpotensi.

Sehubungan itu sebuah syarikat DNA yang telah beralih kepada gaya hidup, Tune Talk telah melancarka­n Kempen Mini Miney Moe pada pertengaha­n Julai 2017.

Kempen tersebut merupakan acara yang dianjurkan Tune Talk’s secara eksklusif atas laman sesawang bersama pelan data VIBE yang buat pertama kali diperkenal­kan di Malaysia sebelum beralih arah ke pasaran lain.

Bagi melayakkan diri mendapatka­n ganjaran tersebut, pelanggan Tune Talk hanya perlu melanggan pelan data VIBE sepanjang tempoh kempen dan aktif sebelum ia ditamatkan.

Daripada beribu- ribu penyertaan, hanya lima nama telah disenarai dan pemenang membawa pulang sebuah Mini Cooper manakala empat lagi membawa pulang hadiah sagu hati.

Sempena Ulang Tahun Ke-9 Tune Talk dan sempena sambutan Hari Kebangsaan, bermula pada 20 Ogos hingga Hari Malaysia pada 16 September depan, syarikat berkenaan akan memberi data tambahan daripada kempen 30/30 sedia ada pihaknya.

Pengguna yang berdaftar akan mendapat tambahan data 31 GB dan akan menikmati keseluruha­n 36GB data untuk bulan pertama sebagai Tune Talker dan sejumlah 61GB data sepanjang tempoh kempen berlangsun­g.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Talk Ameen Amaendran berkata, sudah sembilan tahun berlalu dan menghargai pengamal media kerana banyak menyokong usaha pihak syarikatny­a itu.

“Sebelum mengambil alih Tune Talk, saya merupakan CEO RedOne dan Ketua MVNO dan Segmen Migrant di Celcom.

“Selepas menyertai syarikat ini, saya dapat melihat bagaimana Tune Talk menjalanka­n pengurusan dan menjadi tunjang kepada MVNO di Malaysia.

“Bersama- sama dengan pasukan yang dinamik dan berkarisma, syarikat telah mencapai banyak lagi pencapaian utama.

“Minggu lepas, kami memulakan perayaan ulang tahun ke-9 kami dengan konsert besar dan hari ini perayaan itu berterusan dengan hadiah MINI Cooper kepada pelanggan setia kami,” katanya.

Ia juga merupakan permulaan perayaan Merdeka untuk menarik pelanggan baharu melalui kempen 30/30 kami.

Pada masa yang sama, Tune Talk kami bekerjasam­a rapat dengan AirAsia dengan matlamat untuk menukar Tune Talk kepada telekomuni­kasi digital dengan urus niaga lancar dan mudah untuk pelanggan kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia