Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Tabuan Tengah dipilih lokasi pertama kaunter aduan bantuan penduduk

-

KUCHING: Kampung Tabuan Tengah di sini dipilh sebagai lokasi pertama pembukaan kaunter aduan bantuan penduduk bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, kaunter berkenaan akan membolehka­n penduduk di kawasan DUN berkenaan mengemukak­an masalah berhubung bantuan serta keperluan mereka.

Tambahnya, kaunter itu juga membolehka­n penduduk setempat memberi maklumat diperlukan jika mereka tidak menerima atau mendapat bantuan dipohon daripada agensi mahupun jabatan kerajaan.

“Sebelum ini penduduk mengemukak­an aduan kepada beberapa staf di Pusat Khidmat DUN Demak Laut.

“Saya tidak mahu melihat ada antara penduduk yang tercicir dalam mendapatka­n bantuan sekiranya mereka benar-benar layak dan memerlukan bantuan. Ini termasuk warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yatim,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, anak yatim dan pelajar yang berjaya melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi di Surau Darul Salihin di sini, Sabtu lepas.

Dr Hazland berkata, beliau akan berhubung dengan jabatan atau agensi kerajaan terbabit jika ada permohonan penduduk tidak diluluskan.

“Ini penting bagi menge- nal pasti punca dan sebab permohonan ini ditolak agar penduduk yang terlibat faham mengenai kriteria bantuan yang ditawarkan kerajaan.

“Manakala jika ada maklumat yang diperlukan tercicir yang mana mereka ini sepatutnya dapat menerima bantuan, kita akan perjuangka­n untuk dapatkan jalan penye- lesaian sekali gus memperoleh bantuan yang diperlukan,” katanya.

Terdahulu, Dr Hazland menyampaik­an bantuan kepada 128 penerima yang terdiri daripada 122 warga emas, 24 ibu tunggal, 20 OKU, 16 anak yatim dan empat pelajar dari Kampung Tabuan Tengah.

 ??  ?? INGIN TAHU: Dr Hazland bertanya sesuatu kepada salah seorang penduduk di Kaunter Aduan Bantuan Penduduk di Kampung Tabuah Tengah.
INGIN TAHU: Dr Hazland bertanya sesuatu kepada salah seorang penduduk di Kaunter Aduan Bantuan Penduduk di Kampung Tabuah Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia