Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 1,200 penduduk di 10 rumah panjang di Tatau, Bintulu kini menikmati bekalan elektrik di bawah SARES

-

KUCHING: Hampir 1,200 penduduk daripada 204 isi rumah di 10 rumah panjang di Tatau, Bintulu kini menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam di bawah Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, rumah panjang yang terlibat adalah Rumah Malo, Rumah Sekaya, Rumah Samun, Rumah Kanyan, Rumah Nyuan, Rumah Lasok, Rumah Billy, Rumah Layang, Rumah Sylvester Bunsu dan Rumah Sujan.

Program berasaskan komuniti-SARES itu dijalankan di bawah Kementeria­n Utiliti dan Sarawak Energy Berhad (SEB) bersama 10 rumah panjang berkenaan telah bekerjasam­a untuk membina sistem solar di kampung masing-masing ekoran cabaran yang dihadapi bagi penyambung­an grid.

Majlis penyerahan telah diadakan di Pejabat Daerah Tatau semalam sebagai simbolik selesai projek dan memasang lampu bagi 10 rumah panjang berkenaan.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai telah merasmikan majlis bersama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Adat dan Undang-Undang Bumiputera) merangkap ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai.

Turut hadir Pengarah Bekalan Elektrik Kementeria­n Utiliti Syed Fauzi Shahab serta wakil daripada agensi berkaitan dan ketua kaum.

Mewakili SEB adalah Pengurus Wilayah Bintulu Yong Hua.

Program SARES bernilai RM500 juta itu bertujuan membekalka­n elektrik kepada 8,700 isi rumah keseluruha­nnya pada 2020, yang terletak di kawasan terpencil termasuk Ulu Skrang, Katibas, Nanga Merit, Bukit Mabong, Tinjar, Long Bedian, Telang Usan, Bario, Julau, Tatau, Sungai Gaat, Sungai Pila dan Medamit.

Setiap projek melibatkan pembinaan sistem alterna- tif bermandiri, menggunaka­n teknologi mikro hidro atau solar.

Sejak dilancarka­n pada 2016, 2,600 isi rumah di 106 kampung yang sebelum ini dikuasakan melalui set penjana diesel kini mempunyai keperluan asas isi rumah mereka dengan lampu, televisyen, peti sejuk dan periuk yang dipenuhi melalui SARES.

Di bawah SARES, masyarakat tidak perlu membayar elektrik atau bergantung kepada diesel.

“Di samping kerjasama masyarakat sendiri, pelaksanaa­n SARES yang berjaya adalah mungkin kerana kerja keras dan dedikasi semua rakan kongsi yang terlibat termasuk pasukan SARES kami.

“Selain memastikan projekproj­ek itu siap dan dilaksanak­an, mereka menyediaka­n sokongan teknikal yang berterusan sambil menyediaka­n latihan kepada komuniti tem- patan yang paling terpencil untuk memastikan sistem SARES diteruskan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili.

SARES adalah sebahagian daripada Pelan Induk Elektrik Luar Bandar yang bersepadu yang telah dirumuskan pada 2015 untuk membantu 30,000 keluarga luar bandar di negeri ini, dengan matlamat mendorong Sarawak ke arah mencapai semua isi rumah di Sarawak mempunyai bekalan elektrik menjelang 2025.

 ??  ?? KEMBALI LAGI: Wan Zakaria (depan, tengah) dan Dayang Azizah (depan, dua kiri) bersama ahli jawatankua­sa serta wakil agensi pelanconga­n terlibat mempelawa orang ramai datang ke Pameran MATTA 2018 pada 7 hingga 9 September ini.
KEMBALI LAGI: Wan Zakaria (depan, tengah) dan Dayang Azizah (depan, dua kiri) bersama ahli jawatankua­sa serta wakil agensi pelanconga­n terlibat mempelawa orang ramai datang ke Pameran MATTA 2018 pada 7 hingga 9 September ini.
 ??  ?? NIKMATI ELEKTRIK: Majlis penyerahan projek SARES telah diadakan di Pejabat Daerah Tatau semalam.
NIKMATI ELEKTRIK: Majlis penyerahan projek SARES telah diadakan di Pejabat Daerah Tatau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia