Utusan Borneo (Sarawak)

Pembayaran tambang MyCar kini lebih mudah

-

KUCHING: Penumpang MyCar, iaitu khidmat ePanggilan Malaysia kini boleh membuat perkhidmat­an transaksi kad kredit atau debit dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCar yang juga pengasasny­a, Mohd Noah Maideen berkata ia ekoran MyCar bekerjsama dengan penyedia pembayar atas talian, senangPay menyediaka­n e- wallet pertamanya.

Menurut beliau, kerjasama berkenaan akan dikembangk­an lagi bagi memberi perkhidmat­an bayaran atas talian lebih mudah dan dinamik dengan menggunaka­n borang bayaran atas talian menggunaka­n perkhidmat­an fpx.

“Dengan pelancaran eWallet Pemandu MyCar ini, ia dijangka menyasarka­n pendapatan MyCar melebihi RM1 juta pada bulan pertama ia dilancarka­n dan MyCar mengharapk­an pemandu MyCar lebih fokus dan memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan MyCar.

“Malahan dengan adanya e-Wallet pemandu, MyCar akan mampu lebih berdaya saing dengan pesaing mereka dan menawarkan insentif lebih menarik kepada para pemandu MyCar untuk perjalanan jarak dekat yang memerlukan komitmen mengambil penumpang dalam jarak yang adakalanya beberapa kilometer perjalanan,” kata Mohd Noah dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya dengan adanya e- Wallet pemandu dalam aplikasi, ia membolehka­n MyCar membayar semula tambang yang dikumpul melalui bayaran kad kredit oleh penumpang MyCar, dibayar sama ada terus ke akaun pemandu atau dimasu- kkan semula ke dalam e-Wallet pemandu.

“Ini akan memudahkan para pemandu mendapatka­n kredit dalam e- Wallet pemandu tanpa perlu selalu menambah nilai,” katanya.

Tambah beliau, kaedah menambah nilai dalam e-Wallet pemandu MyCar juga adalah lebih mudah dengan hanya mendaftar kad debit atau kad kredit pemandu MyCar ke dalam aplikasi pemandu.

Katanya mereka boleh memilih jumlah minimum untuk ditambah nilai pada bila- bila masa dan tempat tanpa perlu login ke dalam mana-mana bank atau ejen tambah nilai pihak ketiga.

MyCar kini juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat penyedia perkhidmat­an berkaitan pengangkut­an seperti Touch n Go dan lainlain untuk melebarkan lagi sayap MyCar.

 ??  ?? UNTUK KORBAN: Simoi (empat kanan) menyerahka­n lembu kepada Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim (empat kiri) yang mewakili kawasan Lemanak.
UNTUK KORBAN: Simoi (empat kanan) menyerahka­n lembu kepada Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim (empat kiri) yang mewakili kawasan Lemanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia