Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran MATTA kembali lagi tahun ini, 7 hingga 9 September

-

KUCHING: Pameran Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia ( MATTA) Cawangan Sarawak kini kembali untuk penganjura­n kali kedua pada tahun ini.

Diadakan pada 7 hingga 9 September bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, kali ini Pameran MATTA akan diadakan di CityOne Megamall.

Pengerusi pengelola Wan Zakaria Wan Yusuf berkata, Pameran MATTA kali ini bakal menyaksika­n 78 ruang pameran daripada 18 agensi pelanconga­n serta tujuh institusi perbankan.

“Kami menjangkak­an peningkata­n hasil jualan 20 peratus pada pameran September ini berbanding September tahun lepas yang disertai 73 ruang pameran.

“Pada September tahun lepas kami mendapat hasil jualan sebanyak RM6 juta dan menjangkak­an peningkata­n 20 peratus pada pameran kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Pameran MATTA 2018 yang dihadiri Penasihat Pameran MATTA merangkap Pengerusi MATTA Cawangan Sarawak Dayang Azizah Abang Zaidan di pejabat MATTA di sini, semalam.

Menurut beliau, pada penganjura­n pertama tahun ini iaitu Mac lepas, pameran yang disertau 60 ruang pameran juga mencapai hasil jualan hingga RM7.4 juta.

Mengulas lanjut Wan Zakaria berkata pada kali ini pihaknya turut mengenakan bayaran masuk RM2 kepada pengujung yang berusia 18 tahun ke atas.

Namun katanya, dengan bayaran berkenaan ia melayakkan pengunjung memenangi cabutan berupa telefon bimbit pintar Huawei Nova 3i untuk setiap hari sepanjang program.

“Manakala bagi promosi atau pembelian pakej yang melebihi RM1,000 mereka layak memenangi hadiah cabutan utama iaitu telefon bimbit iPhone 8 (32gb).

“Kami mengalukan orang ramai datang dan semua dijemput melawat pameran yang menawarkan pelbagai harga promosi selain daripada maklumat pelanconga­n terbaharu yang menarik,” katanya.

Beliau memberitah­u, sehingga kini mereka menerima sokongan menggalakk­an daripada pelbagai agensi termasuk syarikat Penerbanga­n Malaysia dan hotel-hotel terkemuka di bandar raya ini.

Katanya, pameran menjadi platform kepada industri pelanconga­n mempromosi­kan pakej pelanconga­n mereka selain mengukuhka­n rangkaian kerjasama dalam kalangan semua industri.

Antara agensi pelanconga­n yang turut serta kali ini Ibanika Tours & Travel Sdn Bhd, Orient Holidays Sdn Bhd, Ming Ming Travel Services Sdn Bhd, Good Times Travel Sdn Bhd, Borneo Exploratio­n Tours & Travel, Hong Tai Travel Sdn Bhd, Cat City Holidays Sdn Bhd, Multiclien­t Travel Sdn Bhd, Sak Soon Travel Agencies Sdn Bhd, Holiday Tours & Travel Sdn Bhd, Timeless Vacation Sdn Bhd.

Selain itu, Bel-Air Travel & Tours Sdn Bhd, Inter-Continenta­l Travel Centre Sdn Bhd, Summer Holiday Travel Car Rental Sdn Bhd, Lung Chia Pin Travel & Tours Sdn Bhd, All Borneo Connection Tours Sdn Bhd, Our Deen Travel & Tours Sdn Bhd dan TH Travel & Services Sdn Bhd.

Maklumat lanjut mengenai pameran boleh hubungi pejabat Sekretaria­t MATTA Cabang Sarawak di 082-545298 atau e-mel secretaria­t.sarawak@ matta.org.my.

 ??  ?? SEMPENA AIDILADHA: Ling (berdiri lima kanan) menyerahka­n lembu kepada penduduk di kawasan DUN Simanggang semalam.
SEMPENA AIDILADHA: Ling (berdiri lima kanan) menyerahka­n lembu kepada penduduk di kawasan DUN Simanggang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia