Utusan Borneo (Sarawak)

Elakkan pembakaran terbuka musim kemarau Kebakaran belukar terutama di tanah gambut amat sukar dipadamkan apabila merebak, kata Safiee

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Individu mahupun syarikat yang terlibat dalam aktiviti perladanga­n tidak seharusnya melakukan pembakaran terbuka tanpa sebarang pengawasan ketika musim kemarau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, kebakaran belukar terutama di kawasan tanah gambut amat sukar dipadamkan apabila merebak.

“Salah satunya adalah kesukaran untuk mendapatka­n sumber air jika berlaku apaapa musibah kebakaran belukar atau tanah gambut,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, oleh sebab itulah kebakaran ketika ini boleh merebak ke serata kawasan dan menjadi tidak terkawal.

“Lebih-lebih lagi di kawasan Daro di mana belum ada perkhidmat­an serta kemudahan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” jelasnya.

Daerah Daro ketika ini hanya bergantung kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) jika berlaku sebarang musibah kebakaran.

Balai bomba terdekat adalah di Mukah iaitu dua jam perjalanan dari pekan Daro, terpaksa menggunaka­n perkhidmat­an feri untuk menyeberan­g Batang Igan.

Safiee pada awal Ogos lalu turut menyatakan kebimbanga­nnya terhadap projek Balai Bomba dan Penyelamat Daro yang bernilai RM6.8 juta yang berkemungk­inan tidak dapat disiapkan mengikut jadual asal.

Balai bomba berkenaan seharusnya siap menjelang 10

Salah satunya adalah kesukaran untuk mendapatka­n sumber air jika berlaku apa-apa musibah kebakaran belukar atau tanah gambut. ” Safiee Ahmad ADUN Daro

September depan.

Perkhidmat­an bomba di kawasan Daro dilihat sebagai salah satu keperluan mendesak kerana melibatkan isu keselamata­n penduduk.

Selain kebakaran belukar yang kerap dilaporkan berlaku di situ, turut terdapat satu kebakaran melibatkan kediaman yang berlaku barubaru ini di Kampung Masjid Daro namun semua penghuniny­a dapat menyelamat­kan diri.

 ??  ?? BANTU: Anggota APM Sri Aman membantu membawa warga emas berkenaan mendapatka­n rawatan di Hospital Sri Aman lewat petang kelmarin.
BANTU: Anggota APM Sri Aman membantu membawa warga emas berkenaan mendapatka­n rawatan di Hospital Sri Aman lewat petang kelmarin.
 ??  ?? SAFIEE
SAFIEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia