Utusan Borneo (Sarawak)

Perluasan iPeople ke semua majlis perbandara­n wajar

-

SIBU: Cadangan memperluas penggunaan aplikasi telefon pintar iPeople ke semua majlis perbandara­n di negeri ini adalah wajar.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, aplikasi berkenaan merupakan inisiatif yang dibangunka­n pihak berkuasa tempatan(PBT).

Ujar beliau, aplikasi berkenaan diwujudkan bagi meningkatk­an sistem penyampaia­n dan perkhidmat­an kepada pelanggan.

“Seperti yang telah saya sebutkan dalam media sebelum ini, PBT merupakan pentadbira­n kerajaan yang ketiga paling dekat dengan rakyat dan oleh itu, apa sahaja yang boleh lakukan atau sebaliknya mencermink­an kecekapan keseluruha­n jentera kerajaan.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungja­wab PBT untuk terus meningkatk­an sistem penyampaia­n mereka dalam memenuhi tuntutan masyarakat moden,” katanya semasa dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian untuk memperluas aplikasi telefon pintar iPeople ke semua majlis tempatan di negeri ini.

Dr Sim menjelaska­n, beliau sangat berminat dengan aplikasi berkenaan bagi memudahkan orang awam mengemukak­an aduan, melakukan pembayaran cukai taksiran serta perkhidmat­an di bawah PBT.

Katanya, sistem talian khidmat yang digunakan sekarang sudah tidak lagi relevan dengan perkembang­an teknologi.

Selain itu, menerusi aplikasi berkenaan orang awam juga dapat memberikan maklum balas dengan segera, mendapat maklumat terkini dan melakukan urusan menerusi telefon pintar masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia