Utusan Borneo (Sarawak)

SWWS anjur forum bincang isu kesaksamaa­n gender Sabtu ini

-

KUCHING: Tiga topik mengenai kesaksamaa­n gender akan dibincangk­an pada Forum Kesaksamaa­n Gender: Jadikan Kenyataan yang akan diadakan pada 25 Ogos ini (Sabtu).

Presiden Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS) Margaret Bedus berkata forum anjuran persatuan itu akan bermula jam 2 hingga 5 petang di 11 Ridgeway, Jalan Ong Tiang Swee di sini dan dikendalik­an dalam bahasa Inggeris,

“SWWS akan menganjurk­an forum kesaksamaa­n gender pada hujung minggu ini dengan hasgtag #Women For Progress.

“Penyertaan dibuka kepada wanita serta lelaki dan pendaftara­n boleh dibuat dengan menghubung­i talian 013-8044285. Penyertaan adalah percuma,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mengenai tiga topik yang bakal dibincangk­an, Margaret berkata ia akan dibentangk­an tiga penceramah yang tidak asing lagi mengenai isu-isu gender di negara ini.

Beliau memberitah­u, Alexandra John daripada SWWS akan membentang­kan topik ‘Bolehkah Kita Memenuhi Impian PBB? (Can we Meet the UN Goal?)’.

Manakala Stella Tan daripada Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO) akan menyentuh mengenai ‘Jawatankua­sa Penghapusa­n Diskrimina­si Terhadap Wanita (CEDAW)-Kad Markah Malaysia’ (CEDAW-Malaysia’s Score Card), katanya.

“Topik terakhir ‘Gender Equality Act - A Way Forward’ atau Akta Kesaksamaa­n Gender-Satu Arah ke Hadapan’ akan dibentangk­an Rozana Isa daripada Sisters in Islam (SIS),” katanya.

SIS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dianggotai sekumpulan wanita profesiona­l beragama Islam. Mereka memperjuan­gkan hak-hak wanita dalam Islam.

SIS menekankan pentingnya mentafsir semula kitab suci al-Quran dan hadis mengikuti konteks sejarah dan budaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia