Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing antara empat lelaki terlibat kes pecah rumah

-

MIRI: Empat lelaki termasuk seorang warga asing yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi masing-masing diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman enam hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Kesemua suspek diperintah­kan menjalani tahanan reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Sarjan Karam Singh Karnal Singh ketika mengemukak­an permohonan reman, pada awal pagi 15 Ogos lalu, seorang wanita telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 22, yang juga seorang pelajar mendakwa sekitar jam 3 pagi hari sama, dia menyedari bilik sewanya yang terletak di tingkat bawah sebuah bangunan di Jalan Kwangtung di sini telah dipecah masuk dua lelaki tidak dikenali.

Semasa kejadian katanya, dia sedang nyenyak tidur manakala pintu utama bilik sewanya dikunci dari dalam.

Pengadu yang membuat pemeriksaa­n lanjut mendapati beberapa barang miliknya hilang iaitu sebuah komputer riba, sebuah telefon bimbit, dompet, wang tunai RM250, kad bank, kad pengenalan, lesen memandu, fail kerja dan sebuah beg tangan.

Kerugian dianggarka­n bernilai RM5,899.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11.30 malam, 17 Ogos lalu di kawasan Taman Jade Manis di sini, polis telah menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Penahanan kedua- dua suspek terbabit yang masing-masing berusia 21 dan 22 tahun, membawa kepada penangkapa­n suspek ketiga berusia 33 tahun pada jam 1.20 pagi, 18 Ogos lalu di sebuah bilik hotel bajet di sini.

Hasil maklumat lanjut yang diperolehi daripada ketiga-tiga suspek terbabit, sekitar jam 1.40 pagi hari sama, sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Prakash Raj pergi ke kawasan Centre Point Fasa 2 untuk menangkap seorang lelaki warga asing yang disyaki terbabit dalam kes itu.

Semasa tangkapan dibuat, polis merampas sebuah komputer riba dan sebuah telefon bimbit daripada suspek keempat berusia 23 tahun yang berasal dari Filipina itu.

Dalam permohonan lanjutnya Karam memberitah­u, reman tujuh hari ke atas keempat- empat suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes itu termasuk mengadakan kawad cam.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes dan membebaska­n mereka lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un Pendaftar Mahkamah Rendah Brian Bryan Mason yang mendengar kes itu membenarka­n reman enam hari dan tempoh reman akan tamat pada 24 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia