Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kebocoran paip utama di Batu 7, Jalan Tunku Abdul Rahman, sebelum ini disyaki bocor

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Lembaga Air Sibu (SWB) semalam mengesahka­n bahawa tidak berlaku kebocoran pada paip utama 450mm M.S. di Batu 7, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, yang sebelum ini disyaki bocor.

Sumber daripada SWB berkata, selepas kerja-kerja menggali dilakukan di tapak tersebut pada pagi semalam, paip didapati dalam keadaan kukuh.

“Kita tidak dapat melihatnya (kebocoran) di atas permukaan tanah tetapi selepas kerja menggali dilakukan, kami dapati tidak ada sebarang kebocoran berlaku.

“Air itu bukan dari paip kami tetapi entah bagaimana ia menyerap di sana dari seberang jalan. Jadi, tidak ada gangguan bekalan air,” katanya.

Terdahulu, SWB telah memaklumka­n di laman Facebook bahawa terdapat gangguan air kerana bekalan air akan ditutup dari jam 1 petang semalam, bagi mem-

Kita tidak dapat melihatnya (kebocoran) di atas permukaan tanah tetapi selepas kerja menggali dilakukan, kami dapati tidak ada sebarang kebocoran berlaku. Jurucakap SWB

beri laluan untuk kerja membaiki paip utama 450mm M.S. yang bocor di Batu 7, Jalan Tunku Abdul Rahman.

SWB pada awalnya menyenarai­kan beberapa kawasan yang akan terjejas iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman (jalan utama), Jalan Jade Villa, Jalan Rafflesia, Jalan Suntec, Rumah Juntan, Rumah Sebastian, Rumah Kampit, Lorong Tunku Abdul Rahman 42, Taman Primeview, kawasan dari Batu 13 Jalan Ulu Oya ke Jalan Sibintek, kawasan dari Jalan Kemuyang By Passs ke Jalan Durin Link (termasuk kawasan Jalan Taman Sanhill Road, Lapangan Terbang Sibu, kawasan Jalan Sibu Jaya dan kawasan Sungai Pak.

Dianggarka­n terdapat kirakira 8,700 penduduk di kawasan berkenaan.

Notis yang disebarkan awal itu telah menerima pelbagai maklum balas dan kegusaran daripada orang ramai.

Bagaimanap­un, SWB kemudian mengemas kini laman Facebookny­a untuk memaklumka­n kepada orang ramai bahawa tiada paip pecah di Batu 7, Jalan Tunku Abdul Rahman dan tiada gangguan bekalan air.

Untuk rekod, pada April tahun ini, kira- kira 7,000 penduduk di sini terjejas oleh gangguan air yang disebabkan masalah paip pecah.

 ??  ?? MERIAH: Suasana pada pertanding­an diadakan sebelum ini yang menarik penyertaan peserta dan pelbagai negara.
MERIAH: Suasana pada pertanding­an diadakan sebelum ini yang menarik penyertaan peserta dan pelbagai negara.
 ??  ?? SIASAT: Kon diletakkan di tepi jalan sebagai langkah keselamata­n sebelum SWB memulakan kerja menggali.
SIASAT: Kon diletakkan di tepi jalan sebagai langkah keselamata­n sebelum SWB memulakan kerja menggali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia