Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu bas rempuh kenderaan mengaku salah ambil dadah

-

KUALA LUMPUR: Pemandu bas henti- henti RapidKL yang merempuh beberapa kenderaan di Ampang, Selangor, Jumaat lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mengambil dadah.

Md Khairol Anuar Mohamad, 32, yang memakai baju T berwarna hitam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noorasyiki­n Sahat.

Mahkamah bagaimanap­un belum menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh kerana menunggu laporan patologi.

Tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis Methamphet­amine di dalam badannya di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini pada 7.40 malam, 17 Ogos lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Amirul Asyraf Abdul Rasid mencadangk­an wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Isteri Md Khairol Anuar yang merupakan penjamin merayu supaya mahkamah mengurangk­an jumlah jaminan itu dengan alasan mereka perlu menyara seorang anak berusia lapan bulan selain kesihatann­ya juga tidak berapa baik kerana mengalami darah rendah dan masalah jantung.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept untuk sebutan semula kes itu. — Bernama

 ?? Bernama — Gambar ?? MENGAKU SALAH: Md Khairol yang merempuh beberapa kenderaan di Ampang, Selangor, Jumaat lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mengambil dadah.
Bernama — Gambar MENGAKU SALAH: Md Khairol yang merempuh beberapa kenderaan di Ampang, Selangor, Jumaat lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mengambil dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia