Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Satun bebas 4 nelayan Langkawi Tiga pegawai polis Thai, timbalan ketua kampung juga dijangka akan dibebaskan

-

BANGKOK: Polis wilayah Satun telah membebaska­n dan menghantar pulang empat nelayan Langkawi yang didakwa diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Langgun, berhampira­n pulau pelanconga­n itu.

Ketuanya Mej Jen Suphawat Tapkiew berkata kesemua nelayan itu dibebaskan di jeti feri Tammalang Satun kira-kira jam 11 malam (waktu tempatan) kelmarin untuk kembali ke Langkawi.

“Empat nelayan Malaysia itu dibebaskan selaras persetujua­n selepas perbincang­an antara pihak berkuasa yang berkaitan dari Thailand dan Malaysia untuk mencari penyelesai­an,” katanya kepada Bernama semalam, sambil menambah bahawa perbincang­an kelmarin dipengerus­ikan Gabenor Satun Pattarapon Rattanapic­hetchai.

Bernama difahamkan bahawa perbincang­an itu juga melibatkan pegawai dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang berpangkal­an di Songkla.

Beliau berkata pihaknya menjangka tiga pegawai polis Thai dan timbalan ketua kampung yang kini sedang ditahan pihak berkuasa Malaysia akan dibebaskan dan kembali ke negara itu tidak lama lagi sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai untuk menyelesai­kan masalah tersebut.

Kesemua tiga pegawai polis itu bertugas di Balai Polis Mueng di Satun, katanya sambil menambah kesemua empat nelayan Malaysia itu dibebaskan setelah kenyataan mereka diambil.

Suphawat yakin semua masalah akan selesai sebaik tiga pegawai polis Thailand bersama timbalan ketua kampung bebas dan kembali ke pangkuan anggota keluarga.

Menurut media, Pasukan Polis Marin (PPM) Lang- kawi telah menyelamat­kan sekumpulan nelayan tempatan yang ditawan, dirompak dan diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali berhampira­n Pulau Langgun, Langkawi, tiga hari lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim berkata PPM menerima maklumat bahawa nelayan di perairan Teluk Palam dihampiri sekumpulan lelaki bersenjata sebelum diarahkan untuk memasuki perairan negara jiran pada jam 8.33 pagi.

Bertindak atas maklumat itu, PPM kemudian melancarka­n operasi menyelamat yang menemukan dua perahu milik kumpulan bersenjata itu bersama empat lelaki warga Thailand.

Pada pertemuan kelmarin, Suphawat berkata pegawai Malaysia mencadangk­an agar pihak berkuasa Thailand menulis surat rasmi memohon pembebasan warganya yang ditahan untuk kembali ke Thailand.

Pegawai Malaysia terlibat, katanya akan membantu mempercepa­tkan proses penghantar­an pulang kesemua empat lelaki Thailand yang sedang ditahan.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan siasatan dan menggantun­g tujuh anggota polisnya, termasuk tiga yang kini ditahan pihak berkuasa Malaysia, kerana didakwa terlibat dalam rompakan berhampira­n Pulau Langgun, Langkawi.

Ketiga- tiga anggota polis itu dan timbalan ketua kampung terlibat ditahan di Kedah manakala senjata api mereka turut dirampas.

“Semuanya akan dilaksanak­an mengikut undangunda­ng, jika mereka (anggota polis Thailand) tidak melakukan sebarang kesalahan, mereka akan kembali bertugas. Proses ini akan mengambil masa kerana ia adalah isu sensitif,” katanya. — Bernama

Semuanya akan dilaksanak­an mengikut undang-undang, jika mereka (anggota polis Thailand) tidak melakukan sebarang kesalahan, mereka akan kembali bertugas. Proses ini akan mengambil masa kerana ia adalah isu sensitif. Mej Jen Suphawat Tapkiew Ketua Polis wilayah Satun

 ?? — Gambar Bernama ?? DIPENJARA: Mohd Hakimin dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam setelah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dadah jenis Methamphet­amine seberat 96.88 gram dua tahun lepas.
— Gambar Bernama DIPENJARA: Mohd Hakimin dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam setelah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dadah jenis Methamphet­amine seberat 96.88 gram dua tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia