Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengurus syarikat didakwa terbabit pengubahan wang haram RM735,500

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus sebuah syarikat pengendali­an kupon makanan yang dilantik Malaysia Airlines Berhad (MAB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM735,500, tiga tahun lepas.

Tertuduh Noraffendi Omar, 45, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memperoleh masing-masing RM188,000 dan RM547,500 iaitu hasil pengubahan wang daripada akaun syarikat pengendali­an kupon makanan bagi penumpang yang menghadapi masalah kelewatan penerbanga­n itu.

Dia dituduh melakukan kedua- dua perbuatan itu di RHB Bank Berhad, Menara Shell di sini antara 21 Sept 2015 dan 19 Mei 2016 mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Subseksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam selain memohon kes itu dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicaraka­n bersama kes lain yang dihadapi tertuduh.

Mahkamah membenarka­n kes dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes manakala tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana penjaminny­a tidak hadir. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Noraffendi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas dua pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM735,500, tiga tahun lepas.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Noraffendi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas dua pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM735,500, tiga tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia