Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Pemuda dipenjara 12 tahun, dihukum 10 sebatan

-

KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda terpaksa menyambut Aidiladha di penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi kesalahan memiliki dadah jenis Methamphet­amine seberat 96.88 gram, dua tahun lepas.

Terdahulu, tertuduh Mohd Hakimin Kamarudin, 25, mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah itu dalam sebuah kenderaan berhampira­n susur masuk Plaza Tol Chukai, Kema- man pada jam 6.30 petang, 28 Julai, 2016.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama Wan Hasanah Wan Salleh, 32, bagaimanap­un Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membebaska­n Wan Hasanah selepas Mohd Hakimin mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12( 3) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam penghakima­nnya, Hakim Zainal Azman berkata alasan dikemukaka­n peguam tertuduh, Ghazali Ismail bahawa anak guamnya menjadikan dadah tersebut sebagai mata pencarian bagi menanggung keluargany­a tidak dapat diterima.

“Negara kita dikurniaka­n cuaca yang elok dan kamu sebagai seorang lelaki yang masih sihat tubuh badan mampu mencari pekerjaan yang lebih baik berbanding melakukan perbuatan itu (menjual dadah).

“Hidup ini mempunyai pilihan, dan kamu boleh memilih jalan hidup yang lebih baik tetapi ternyata kamu memilih jalan sebegini dan sebagai natijahnya kamu harus reda dengan natijah daripada keputusan yang kamu ambil untuk diri kamu sendiri,” katanya.

Hakim Zainal Azman kemudian memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia