Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi dicubit sehingga lebam hanya kerana menangis tidak berhenti

-

KEPALA BATAS: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki mendera anak asuhannya yang berusia 10 bulan dalam kejadian di Taman Seri Serdang, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 33 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU selepas dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kira-kira jam 6.20 petang kelmarin.

“Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.30 petang selepas mendapat panggilan telefon daripada doktor bertugas di Bahagian Kecemasan Hospital Kepala Batas (HKB) memaklumka­n seorang bayi lelaki disyaki didera kerana terdapat kesan lebam pada dada dan perut mangsa.

“Bayi itu dibawa oleh ibunya ke hospital selepas dimaklumka­n oleh pengasuh berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp bahawa terdapat kesan lebam di badan mangsa pada jam 10 pagi dan wanita berkenaan terus ke rumah pengasuh untuk melihat sebelum membawa bayinya ke HKB,” katanya di sini semalam.

Menurut Noorzainy, ibu bayi mendakwa anaknya itu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan dalam keadaan baik tanpa sebarang lebam pada jam 7 pagi.

Noorzainy berkata, berdasarka­n siasatan polis, pengasuh itu mengaku mencubit bayi berkenaan sehingga meninggalk­an kesan lebam kerana mangsa menangis tidak berhenti sehingga membuatkan wanita tersebut geram.

“Perbuatan pengasuh mencubit bayi berkenaan hingga menangis itu turut dilihat oleh anak lelaki wanita tersebut yang berusia empat tahun dan kejadian semalam (kelmarin) bukan pertama kali berlaku. Polis telah rekodkan keterangan kanak- kanak berkenaan (anak pengasuh) untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, doktor yang merawat mangsa mengesahka­n banyak kesan lebam

Perbuatan pengasuh mencubit bayi berkenaan hingga menangis itu turut dilihat oleh anak lelaki wanita tersebut yang berusia empat tahun dan kejadian semalam (kelmarin) bukan pertama kali berlaku. Polis telah rekodkan keterangan kanak-kanak berkenaan (anak pengasuh)

siasatan. ” untuk membantu ACP Noorzainy Mohd Noor Ketua Polis Daerah SPU

di dada serta perut mangsa dan kesan lebam masih kemerahan serta kebiruan seperti kesan cubit namun tiada kecederaan dalaman dialami bayi tersebut.

Katanya, wanita itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 31(1) Akta KanakKanak 2001.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata, polis menahan seorang pengurus sebuah hotel di Geogre Town berusia 52 tahun kerana mencabul pekerja wanitanya berumur 23 tahun di hotel berkenaan kelmarin.

“Lelaki itu dikatakan memanggil mangsa masuk ke dalam biliknya sebelum bertindak mencabul mangsa yang kemudian membuat laporan polis. Suspek kini direman dua hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. — Bernama BACHOK: Jenazah tiga beradik, yang maut selepas kenderaan dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer 19, Jalan Lipis- Merapoh- Gua Musang dekat Padang Tengku, Pahang, kelmarin, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keluat, Beris Kubur Besar di sini, awal pagi semalam.

Jenazah Mimi Suziana Mohamed, 39, Norfasmida, 24, dan Ahmad Faris, 16, dikebumika­n dalam satu liang lahad kira-kira 3.40 pagi tadi.

Turut maut ialah rakan Norfasmida, Nur Farah Farahainsa­h Jaafar, 21, dari Kampung Tok Sidi, Meranti, Pasir Mas, Kelantan yang juga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu.

Suasana pilu mengiringi ketibaan jenazah ketiga-tiga beradik itu yang tiba di tanah perkuburan pada jam 2.40 pagi dengan tiga van jenazah.

Jenazah kemudian disembahya­ngkan buat kali terakhir oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.

Sementara itu, adik kelima mangsa, Nor Faizal, 31, berkata arwah kakaknya, Mimi Suziana bercadang untuk mengorbank­an seekor kambing sempena Aidiladha yang disambut hari ini.

Beliau berkata, kambing itu dibeli beberapa bulan lepas dan diternak ayahnya untuk sambutan berkenaan.

“Mimi Suziana adalah anak ketiga manakala Norfasmida anak ketujuh dan Ahmad Faris merupakan anak kesepuluh daripada sebelas beradik.

“Mereka bertiga memang rapat dan tidak pernah berpisah dan sering pulang ke kampung bersama- sama,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKTI: Arriz Sham (dua kiri) menunjukka­n dadah bernilai lebih RM12,000 yang dirampas daripada dua lelaki berusia 30 dan 40-an dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Perak, Sungai Tiang, di Pendang, semalam.
— Gambar Bernama BUKTI: Arriz Sham (dua kiri) menunjukka­n dadah bernilai lebih RM12,000 yang dirampas daripada dua lelaki berusia 30 dan 40-an dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Perak, Sungai Tiang, di Pendang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia