Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki warga emas maut kereta masuk gaung

-

TAPAH: Dua lelaki warga emas maut selepas kereta Proton Saga yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Batu 9, Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta Jantan Putih, 66, dan penumpang Bah Rajin Bah Gadong, 83.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Supt Ahmad Adnan Basri berkata semasa kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan ke Cameron Highland.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipercaya hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum masuk ke gaung dan menyebabka­n kedua- dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Adnan berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat, manakala kenderaan terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk tindakan lanjut. — Bernama SITIAWAN: Satu mayat rentung dipercayai mangsa bunuh ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Baru di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada pemilik ladang kira- kira jam 11 pagi semalam.

“Kita masih menyiasat sama ada mayat yang hangus terbakar hampir 90 peratus tersebut dibunuh di lokasi yang sama atau dibunuh di lokasi lain dan dibuang di ladang ini.

“Setakat ini, tiada sebarang bahan atau barangan yang digunakan untuk membunuh mangsa ditemui di lokasi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Muhammad Hanif berkata usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti gender dan identiti mayat.

Sementara itu, pemilik ladang Wong Keng Seuw, 48, berkata, dia yang tiba kirakira jam 9.30 pagi di ladang tersebut untuk memantau pekerjanya terkejut melihat mayat sebelum bergegas ke Balai Polis Daerah Manjung untuk membuat laporan.

“Saya tidak berani dekat dengan mayat itu tetapi saya masih ternampak kepulan asap kecil daripada mayat tersebut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia