Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas ditipu ‘sarjan’ lebih RM180,000

-

IPOH: Seorang warga emas mendakwa kerugian lebih RM180,000 akibat diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari Balai Polis Jelutong, Pulau Pinang, Rabu lalu.

Ang Tiah Cheen, 67, dari Kampung Simee di sini mendakwa menerima panggilan daripada lelaki itu yang memperkena­lkan diri sebagai Sarjan Arif 15 Ogos lepas memberitah­u dia pernah membuat pinjaman RM50,000 dan terlibat dengan kegiatan penyalahgu­naan dadah di Pulau Pinang.

“Saya menafikan perkara itu tetapi lelaki berkenaan menakut- nakutkan saya dan meminta memasukkan sejumlah wang bagi tujuan penyiasata­n serta memastikan saya ‘ bersih’ daripada kegiatan dadah dan tidak memberitah­u sesiapa kerana perkara ini adalah sulit.

“Saya terpedaya dengan kata-kata lelaki itu dan telah memasukkan wang secara berperingk­at ke dalam tiga akaun berasingan sebanyak RM181,767 di sekitar Ipoh sehari kemudian,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak di sini semalam.

Wanita itu yang pernah bekerja sebagai tukang cuci sekolah berkata, dia tidak lagi dihubungi lelaki berkenaan selepas memasukkan wang tersebut.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak Mohd Rawi Abdullah berkata, kes itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan meminta pihak berkuasa menangkap suspek sebelum lebih ramai menjadi mangsa penipuan.

“Saya telah menghubung­i Balai Polis Jelutong dan mendapati Sarjan Arif memang tidak berkhidmat dan tidak wujud di balai polis itu,” katanya sambil meminta orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya bagi mengelak ditipu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia