Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n tidak akan membendung kemasukan pemain baharu ke dalam industri

-

KUALA LUMPUR: Kemunculan pengendali perkhidmat­an e-panggilan ‘Diffride’ dianggap sebagai alternatif baharu di pasaran Malaysia.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata kementeria­nnya tidak akan membendung kemasukan pemain baharu ke dalam industri.

Beliau malah menyaranka­n semua penyedia perkhidmat­an e-panggilan bekerjasam­a dan berbuat sesuatu bagi menggalakk­an lebih ramai pemandu teksi tradisiona­l beralih ke sistem digital e-panggilan.

“Kita tidak akan membendung kemasukan perkhidmat­an baharu ke dalam industri.

“Apa yang penting adalah untuk meletakkan dasar yang ketat, yang dilakukan melalui peraturan-peraturan seperti yang diumumkan bulan lepas,” kata Loke pada sidang akhbar selepas pelancaran perkhidmat­an Diffride di sini, semalam.

Beliau berkata kementeria­nnya mengharapk­an para penyedia e- panggilan dan pengendali teksi berada dalam persekitar­an yang sihat dan tidak memperlaku­kan satu sama lain sebagai musuh.

Aplikasi Diffride yang dibangunka­n oleh Diff Global Solutions Sdn Bhd menyasarka­n penyediaan perkhidmat­an yang terbaik kepada para pelanggan di samping menjaga kebajikan para pemandunya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Diffride, Hannah Yong berkata perkhidmat­an Diffride boleh didapati di Lembah Klang dalam dua minggu akan datang pada kadar kompetitif RM5 untuk lima kilometer pertama.

“Dengan memuat turun aplikasi Diffride dan kemudian mendaftar, penumpang akan dihubungka­n dengan serta-merta melalui teknologi geo-lokasi kepada pemandu terdekat,” kata Yong.

Beliau berkata pemandu atau rakan kongsi Diffride hanya membayar caj harian sebanyak RM5 dan bukannya dikenakan caj peratusan untuk setiap perjalanan.

“Caj bayaran harian bagi pemandu akan dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun.

“Para penumpang dan pemandu adalah sama pentingnya kepada kami,” kata Yong.

Katanya, antara ciri- ciri Diffride adalah tempahan perjalanan boleh dibuat 60 minit lebih awal, pelanggan boleh menggunaka­n akaun mereka untuk menempah perjalanan bagi pihak rakan serta pilihan bayaran secara tunai atau melalui sistem tanpa tunai.

Atas aspek keselamata­n dan untuk ketenangan penumpang, beliau berkata Diffride memastikan para pemandunya tidak mempunyai rekod jenayah atau saman trafik.

“Sebagai perkhidmat­an epanggilan pertama untuk mematuhi sepenuhnya peraturan Kementeria­n Pengangkut­an, pemandu yang mendaftar dengan Diffride akan dikenakan proses pemeriksaa­n Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD),” kata Yong.

Antara syarat lain, kereta yang digunakan untuk Diffride mestilah berusia kurang daripada lapan tahun dan mempunyai penarafan minimum tiga bintang atau lebih dalam Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) atau penarafan yang setara.

Yong menyasarka­n 500,000 penumpang dan 6,000 pendaftara­n baharu pemandu Diffride menjelang akhir tahun ini berbanding pendaftara­n semasa 2,000 pemandu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT: Dr Mujahid bersalaman dengan jemaah haji Malaysia Muassasah ketika melawat khemah Malaysia Muassasah di Arafah pada Isnin. Kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia semalam selamat tiba di Mina setelah bermabid di Muzdalifah dan selesai melontar di jamrah qubra untuk mendapatka­n tahallul awwal.
— Gambar Bernama SELAMAT: Dr Mujahid bersalaman dengan jemaah haji Malaysia Muassasah ketika melawat khemah Malaysia Muassasah di Arafah pada Isnin. Kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia semalam selamat tiba di Mina setelah bermabid di Muzdalifah dan selesai melontar di jamrah qubra untuk mendapatka­n tahallul awwal.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Anthony (kiri) bersama bekas pemandu F1 Malaysia Alex Yoong pada pelancaran aplikasi Diffride di Connoisseu­rs Cafe semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Anthony (kiri) bersama bekas pemandu F1 Malaysia Alex Yoong pada pelancaran aplikasi Diffride di Connoisseu­rs Cafe semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia