Utusan Borneo (Sarawak)

Pengguna jimat RM762 juta setahun menerusi pasar tani

-

KOTA BHARU: Tawaran harga 20 peratus lebih murah di pasar tani seluruh negara dianggarka­n mampu mencatat penjimatan perbelanja­an kepada pengguna sebanyak RM762 juta setahun.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohd Radzi Md Jidin berkata jumlah itu merangkumi urus niaga di 733 lokasi pasar tani seluruh negara dengan anggaran 1,000 pengunjung bagi setiap lokasi.

“Tawaran harga lebih murah di pasar tani berbanding pasar awam lain mampu membantu mengurangk­an kos sara hidup pengguna, selain menggalakk­an lebih ramai pengunjung berbelanja di pasar tani,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jualan Jimat Belanja Aidiladha Ambang Merdeka di pasar tani Pasir Tumboh di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pen- garah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Kelantan Mohd Hafis Nurulhuda.

Program tersebut diadakan serentak di 733 pasar tani seluruh negara bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatka­n barangan keperluan pada harga yang menjimatka­n untuk persediaan sempena sambutan Aidiladha hari ini.

Antara barangan keperluan yang ditawarkan termasuk daging, ayam, sayur- sayuran, barangan runcit dan juga produk keperluan hari raya seperti kelongsong ketupat dan buluh lemang.

Mohd Radzi berkata jualan penjimatan itu dapat dilaksanak­an menerusi produk program ladang kontrak, pembekalan ikan dan hasil laut dari jeti serta barangan runcit yang diimport seperti bawang dan ubi kentang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia