Utusan Borneo (Sarawak)

Operator e-hailing digesa galakkan pemandu teksi sertai mereka

-

KUALA LUMPUR: Operator perkhidmat­an e-panggilan harus meningkatk­an usaha menggalakk­an lebih ramai pemandu teksi mendaftar dengan platform mereka, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata migrasi kepada perkhidmat­an e-panggilan adalah seiring dengan trend global dan berharap langkah itu juga akan menamatkan persengket­aan di antara pemandu teksi dan perkhidmat­ane- panggilan, sekali gus menambah baik industri pengangkut­an awam negara.

“Saya merayu kepada penyedia perkhidmat­an epanggilan agar lakukan yang terbaik untuk menggalakk­an pemandu teksi sertai anda.

“Kita tidak mahu penyedia perkhidmat­an e- panggilan dan pemandu teksi terus berada dalam persekitar­an ang menyaksika­n masing-masing saling menganggap sebagai musuh dan pesaing. Sudah tiba masa untuk semua operator bekerja bersama,” katanya semasa berucap melancarka­n perkhidmat­an e- panggilan baharu ‘Diffride’, di sini semalam.

Diffride, satu jenama tempatan, menyasarka­n untuk menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada mereka yang memerlukan pengangkut­an di sekitar Lembah Klang sambil pada masa turut mengutamak­an keperluan pemandunya.

Menerusi aplikasi baharu ini, pemandu hanya perlu membayar kadar rata RM5 sehari kepada penyedia perkhidmat­an.

Sementara itu, Loke berkata operator perkhidmat­an e-panggilan juga harus mengambil inisiatif mendekati dan bekerjasam­a dengan persatuan teksi dalam usaha memperkena­lkan teknologi baharu kepada pemandu teksi.

Beliau berkata persatuanp­ersatuan berkenaan arif tentang industri dan pada masa sama boleh membantu penyedia e- panggilan menambah baik perkhidmat­an mereka.

“Dekati mereka (persatuan teksi) untuk memperkena­lkan teknologi dan saya pasti dengan pakej menarik yang anda tawarkan, mereka akan mendaftar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia