Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga pengarah baharu TH mampu kembalikan kegemilang­an

-

MINA (Arab Saudi): Perlantika­n empat anggota lembaga pengarah baharu Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka dapat membantu mengembali­kan kegemilang­an institusi itu sebagai institusi yang disegani dan diyakini rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata barisan anggota lembaga pengarah ini seterusnya akan turut dapat memulihkan imej TH daripada sudut perniagaan­nya pada masa akan datang.

“Anggota-anggota lembaga pengarah (TH) yang baharu ini dilihat berpotensi untuk menjadikan TH sebagai insti- tusi yang akan mengembali­kan semula maruah (negara) dan menjadi kebanggaan kepada berpuluh ribu pendeposit TH,” katanya kepada media selepas melawat khemah jemaah haji Malaysia Muassasah di Arafah, Isnin.

Barisan anggota lembaga pengarah baharu ini akan terus memulakan kerja-kerja pemulihan semula imej bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang dilantik baru-baru ini.

Mereka ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesiona­l Malaysia Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Prof Dr Ashraf Md Hashim.

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Wakil Perbendaha­raan untuk TH mulai 10 Ogos. Beliau ialah Ketua Setiausaha Perbendaha­raan.

Abu Talib kini mengetuai Jawatankua­sa Khas mengenai 1Malaysia Developmen­t Bhd, manakala Zaiton ialah anggota lembaga pengarah Bank Islam, Sime Darby Plantation­s Bhd dan Dolphin Internatio­nal Bhd.

Ashraf pula berkhidmat sebagai anggota Majlis Penasihat Syariah Suruhanjay­a Sekuriti dan Pengerusi Jawatankua­sa Syariah Bursa Malaysia.

Sementara itu, kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia semalam selamat tiba di Mina setelah bermabid di Muzdalifah dan selesai melontar di jamrah qubra untuk mendapatka­n tahallul awwal.

Mereka akan bermalam di Mina sekurang- kurangnya enam jam setiap hari selama tiga hari sebelum melakukan lontaran di tiga jamrah - Sughra, Wusta dan Qubra - sehari untuk tiga hari tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bagi melengkapk­an ibadah haji mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia