Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan komprehens­if FAMA tingkat pemasaran, hasil pertanian petani

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) mempunyai peranan komprehens­if yang membuka peluang kepada petani memasarkan hasil pertanian, di samping mengamalka­n kaedah pertanian sistematik untuk meningkatk­an pengeluara­n.

Ketua pengarahny­a Datuk Ahmad Ishak berkata ramai yang masih tidak faham dan berpuas hati dengan peranan sebenar agensi itu dalam mem- bantu peladang meningkatk­an hasil pengeluara­n termasuk meluaskan skop pemasaran hasil tani.

“Kita sedar masih ramai menuding jari kepada FAMA. Pelbagai usaha kami lakukan demi meningkatk­an pemasaran dan mutu hasil tanaman di negara ini termasuk mewujudkan petani ladang kontrak, menaik taraf sistem pemasaran hasil serta melakukan kajian tanaman yang diperlukan pasaran,” katanya ketika di- hubungi Bernama semalam.

Katanya sejak 2017 hingga awal Ogos, FAMA berjaya mengusahak­an 11,640 hektar ladang pelbagai jenis tanaman dengan hasil 303,918 tan metrik melalui 5,312 peserta ladang kontrak di seluruh Malaysia, dengan nilai diperoleh sebanyak RM660 juta.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan netizen yang mahu Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Salahudin Ayub memantau keberkesan­an pelaksanaa­n perancanga­n FAMA dalam menangani isu lambakan bekalan dalam pasaran dan kegagalan membangunk­an usahawan FAMA sendiri.

“Projek petani ladang kontrak ini berjaya meningkatk­an taraf hidup petani yang dulu sering berdepan dengan masalah memasarkan hasil tanaman segar mereka. Melalui projek ini, FAMA berjaya meningkatk­an pengeluara­n dan pembekalan, sekali gus menjadi sumber pembekalan utama kepada outlet peruncitan FAMA, merangkumi Agrobazar, Pasar Tani Kekal dan lain-lain,” katanya.

Ahmad berkata melalui panduan dan galakan yang diberikan FAMA, sistem penanaman petani kini lebih teratur dan mampu menghasilk­an produk berkualiti tinggi dengan kuantiti besar bagi memenuhi permintaan pasaran.

“Paling utama, pengenalan harga lantai bagi setiap hasil keluaran petani berjaya melindungi mereka daripada berdepan kerugian akibat naik turun harga barangan dalam pasaran terbuka,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga berusaha meningkatk­an teknologi pembanguna­n produk bagi memastikan petani tidak hanya bergantung kepada hasil tanaman segar.

“Kita sedang giat membangunk­an produk yang berpotensi seperti isi durian yang disejuk beku dan djadikan pes atau tempoyak untuk dipasarkan ke negara luar. Setakat ini, FAMA mempunyai dua kilang iaitu di Batu Kurau, Perak dan Jerantut, Pahang yang memproses isi durian untuk dijadikan pes atau tempoyak dan permintaan­nya sangat memuaskan.

“Ini secara tidak langsung dapat memanjangk­an ‘usia’ perniagaan petani terutama bagi mereka yang bergantung kepada tanaman bermusim,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia