Utusan Borneo (Sarawak)

Penutupan sementara lima hari mulai 27 Ogos untuk beri laluan pertunjuka­n udara sempena sambutan Hari Kebangsaan

-

PUTRAJAYA: Kira- kira 500 penerbanga­n akan terjejas berikutan penutupan ruang udara sekitar Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 ( klia2) selama lima hari bermula 27 Ogos untuk pertunjuka­n udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Dalam satu kenyataan, Kementeria­n Pengangkut­an berkata penerbanga­n yang terjejas termasuk yang akan tiba dan berlepas dari KLIA dan klia2 dalam tempoh tertentu bermula dari 27 hingga 31 Ogos antara jam 9 pagi hingga 10.30 pagi, bagi tujuan raptai, latihan dan ‘flypast’ sebenar.

Berikutan kedudukan Pu- trajaya yang begitu hampir dengan KLIA dan klia2, Kementeria­n Pengangkut­an berkata Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) telah diarahkan untuk menutup ruang udara di sekitar KLIA dan klia2 serta kawasan berhampira­n dengannya.

“Penutupan sementara ruang udara KLIA dan klia2 adalah penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaa­n flypast Hari Kebangsaan 2018, dan paling utama adalah untuk memastikan keselamata­n ruang udara dan peramalan pergerakan pesawat berjadual di KLIA dan klia2.

“Oleh yang demikian, Kementeria­n Pengangkut­an dan CAAM ingin mengingatk­an syarikat penerbanga­n supaya mengemas kini maklumat penerbanga­n yang terjejas dan memaklumka­n kepada penumpang terlebih awal bagi mengelakka­n sebarang kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini se- malam.

Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos akan menampilka­n pertunjuka­n udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan beberapa agensi penguatkua­saan yang lain.

Kenyataan itu berkata Kementeria­n Pengangkut­an dan CAAM juga menyeru orang ramai khususnya yang akan membuat perjalanan melalui udara pada tarikh-tarikh tersebut supaya mengambil maklum akan penutupan ini dan sentiasa berhubung dengan syarikat penerbanga­n dan operator lapangan terbang bagi mendapatka­n maklumat dan jadual penerbanga­n yang terkini.

“CAAM komited untuk memastikan kelancaran flypast Hari Kebangsaan 2018 di sini bagi mengelakka­n kesulitan orang ramai terutama penumpang pesawat di KLIA dan klia2,” katanya.

Kenyataan itu berkata CAAM telah mengadakan beberapa sesi taklimat dengan semua pihak berkepenti­ngan yang terdiri daripada Jawatankua­sa Penganjur Hari Kebangsaan 2018, TUDM sebagai penyelaras flypast, syarikat-syarikat penerbanga­n domestik, Jawatankua­sa Pengendali Penerbanga­n (AOC) dan Koordinasi Slot Negara Malaysia (NSCM) pada 2 Ogos lalu.

Ia berkata taklimat ini bertujuan untuk membuat persiapan rapi bagi mengurangk­an kesan penutupan ruang udara KLIA dan klia2 sementara ini kepada syarikat penerbanga­n yang akan menjejaska­n operasi mereka, dan lebih utama lagi adalah untuk meminimumk­an kesulitan kepada penumpang.

Ia berkata CAAM telah mengeluark­an Notis kepada Anggota Penerbanga­n (NOTAM) bertarikh 6 Ogos untuk memberi makluman kepada industri penerbanga­n yang beroperasi di KLIA dan klia2 berhubung penutupan ruang udara sementara dan kemungkina­n beberapa sekatan tambahan kepada beberapa penerbanga­n yang tiba dan berlepas yang mungkin mengakibat­kan penangguha­n pesawat.

“Sungguhpun flypast Hari Kebangsaan 2018 turut menjejaska­n operasi penerbanga­n di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang ( LTSAAS), CAAM akan memastikan pergerakan lalu lintas udara yang selamat dan efisien tanpa perlu menutup ruang udara di sekitar LTSAAS Subang,” katanya. — Bernama

Oleh yang demikian, Kementeria­n Pengangkut­an dan CAAM ingin mengingatk­an syarikat penerbanga­n supaya mengemas kini maklumat penerbanga­n yang terjejas dan memaklumka­n kepada penumpang terlebih awal bagi mengelakka­n sebarang kesulitan.” Kenyataan Kementeria­n Pengangkut­an

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA TERBANG: Pesawat Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia dalam persiapan sebelum membuat penerbanga­n ketika Eksesais Hope antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Tentera Udara India (TUI) di Pangkalan Udara Subang, Subang semalam.
— Gambar Bernama SEDIA TERBANG: Pesawat Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia dalam persiapan sebelum membuat penerbanga­n ketika Eksesais Hope antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Tentera Udara India (TUI) di Pangkalan Udara Subang, Subang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia