Utusan Borneo (Sarawak)

SUHAKAM mahu Malaysia ratifikasi enam konvensyen hak asasi manusia

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mahu Malaysia meratifika­si enam perjanjian Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu berhubung hak asasi manusia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy.

Beliau berkata pandangan ini dinyatakan oleh Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail dan Pesuruhjay­a Datuk Lok Yim Pheng dan Jerald Joseph semasa perbincang­an yang berhasil di pejabatnya di sini semalam.

“SUHAKAM juga berpendapa­t bahawa kerajaan hari ini perlu mengesahka­n treati ini untuk perlindung­an hak asasi manusia yang lebih baik di Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Pada Julai, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah telah berjanji untuk berusaha meratifika­si enam konvensyen hak asasi manu- sia antarabang­sa.

Malaysia belum lagi menandatan­gani Konvensyen Antarabang­sa Menentang Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum, Perjanjian Antarabang­sa Hak Sivil dan Politik dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penderaan dan Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikem­anusiaan atau Menjatuhka­n Martabat.

Konvensyen lain yang belum diratifika­si ialah Perjanjian Antarabang­sa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan, Konvensyen Antarabang­sa mengenai Perlindung­an Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga, serta Konvensyen Antarabang­sa bagi Perlindung­an Semua Orang Daripada Kehilangan yang Dipaksa.

Di samping itu, Waytha Moorthy berkata antara isu lain dibincangk­an dalam mesyuarat yang perlu ditan- gani dengan segera termasuk perkara mengenai tanah, mati semasa dalanm tahanan, individu tidak bernegara, penahanan migran dan halangan agama minoriti.

“SUHAKAM juga menyuaraka­n kebimbanga­nnya terhadap penggunaan undangunda­ng seperti Akta Kesalahan Keselamata­n(LangkahLan­gkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) untuk menahan individu untuk tempoh yang lama.

“SUHAKAM berpendapa­t undang- undang ini menyebabka­n tekanan psikologi dan ekonomi kepada keluarga mereka yang ditahan dan pada masa yang sama menafikan orang yang ditahan keadilan yang saksama melalui mahkamah,” katanya

Beliau berkata SUHAKAM menerima lebih 800 aduan setiap hari dari orang awam. — Bernama

 ??  ?? TERKINI: Baharom menunjukka­n perisian sistem Smartreker yang diciptanya.
TERKINI: Baharom menunjukka­n perisian sistem Smartreker yang diciptanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia