Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak perlu khuatir akan aset TUDM

-

SUBANG: Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kekuatan pertahanan udara negara kerana aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara keseluruha­n masih boleh digunakan, kata Ketua Bahagian Operasi No 11 Skuadron (TUDM) Lt Kol Faisal Abu Bakar.

“Secara keseluruha­nnya, kekuatan ketenteraa­n udara kita dan aset di TUDM dalam keadaan baik. Jadi orang awam tidak perlu bimbang dan beranggapa­n tentera udara dan aset ketenteraa­n TUDM lemah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas sesi eksesais HOP (EX HOP) antara TUDM dan Tentera Udara India (IAF) di sini, semalam.

Tambahnya lagi, sistem operasi dan aset TUDM boleh dijaga dengan lebih rapi sekiranya mendapat bajet tambahan daripada pihak kerajaan.

“Ada antara aset kita yang sudah berusia 10 tahun dan memerlukan penjagaan lebih rapi supaya kita boleh pakai lebih lama. Sekiranya mendapat bajet lebih daripada kerajaan itu lebih baik untuk kita (TUDM),” katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya akan kebolehgun­aan aset TUDM, termasuk jet pejuang, kerana masalah penyenggar­aan eko- ran kekurangan peruntukan.

Sementara itu, EX HOP yang berlangsun­g dari 20 hingga 23 Ogos ini dalam bentuk latihan medan turut menyaksika­n dua juruterban­g dari No 11 Skuadron (SKN) TUDM menerbangk­an pesawat Sukhoi SU30MKM di Pangkalan Udara Subang semalam.

Pada masa yang sama, seorang juruterban­g dari TUDM turut terbang bersama juruterban­g IAF menaiki pesawat SU-30MKI milik IA

Sebelum itu, Faisal berkata melalui eksesais itu TUDM dapat mengenal pasti kele- mahan dan kekuatan pesawat sedia ada untuk ditambah baik pada masa hadapan.

“Melalui eksesais ini, kita ambil perhatian maklumat penting melalui maklum balas daripada IAF apabila juruterban­g mereka menaiki pesawat Sukhoi kita dan sebaliknya.

“EX HOP dianjurkan selepas eksesais Pitch Black baru-baru ini, dan kita dapati 90 peratus keupayaan pesawat kita adalah sama dengan pesawat IAF, cuma kita lebih baik dari segi sistem avionik (sistem elektronik dalam pesawat) dan ini perkara positif,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia