Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat celaru kerana usaha dakwah tidak diambil berat

-

KOTA BHARU: Masyarakat hari ini semakin bercelaru kerana tidak mengambil berat ajaran Islam dan usaha dakwah, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata kebelakang­an ini, terdapat banyak suara cuba untuk menyebarka­n fahaman yang bertentang­an dengan ajaran Islam.

“Terdapat juga tuntutantu­ntutan yang songsang dan melawan norma kemanusiaa­n.

“Sewajarnya kita sebagai umat Islam berusaha untuk memartabat­kan Islam bermula dengan diri kita, keluarga dan masyarakat seterusnya negara yang kita cintai ini,” katanya dalam perutusan sempena Aidiladha semalam.

Beliau turut mengambil contoh pengorbana­n Nabi Ibrahim AS yang menjunjung dengan penuh ketaatan dan pengorbana­n terhadap perintah Allah SWT untuk menyembeli­h anaknya, Nabi Ismail AS

“Segala usaha dakwah dan pelaksanaa­n undang-undang syariah hendaklah disokong dan didokong sepenuhnya.

“Alhamdulil­lah, Kelantan sebagai sebuah negeri yang meletakkan dasar Membangun Bersama Islam sentiasa komited untuk memastikan Islam dapat didaulatka­n,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut mendoakan jemaah haji di tanah suci dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan beroleh haji yang mabrur.

“Bagi yang melaksanak­an ibadah korban, sama- samalah kita mengikhlas­kan diri dalam melaksanak­an ibadah yang mulia ini. Semoga segala pengorbana­n dan ibadah kita diterima di sisi Allah SWT,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia